Amuk Untuk Gulingkan Kerajaan.......? Lawak Bodoh Utusan.

on Jul 11, 2012


Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini petang tadi. Dalam kejadian itu pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai. 

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang. 

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan. Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuahPerodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam. 

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan. Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. 

Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Apa yang memusykilakn kita ialah laporan Utusan Malaysia yang mendakwa kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

Maklumat ini seolah-olah mahu mengaitkan amukan ini adalah melibatkan ahli sebuah parti politik Islam di Malaysia. Soalnya, apakah benar pasangan terbabit adalah ahli parti itu atau ada usaha pihak tertentu mahu menjatuhkan maruah parti terbabit. Apa yang pasti Utusan Malaysia berniat jahat atas kenyataan itu.

http://pahangdaily.blogspot.com/

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List