FAUZI SHAARI KENA KENCING, PAS LARUT TOLAK BELIAU JADI CALON

on Jul 27, 2012



Antara nama yang seringkali diusung dan dijadikan modal oleh PAS adalah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Fauzi Shaari. Dengan gambaran, Fauzi adalah cerminan kepada sokongan anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Sekurang-kurangnya itulah dakwaan dan tohmahan PAS serta Pakatan Rakyat!
Setelah puas diusung ke sana ke mari untuk berceramah, tibalah masanya untuk PAS menguji keberkesanan ayam tambatan baru mereka. Fauzi Shaari cuba dicalonkan di Parlimen Larut.
Ahli Parlimen Larut sekarang adalah Dato’ Haji Hamzah bin Zainuddin, dari Barisan Nasional merangkap Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Pada PRU12 lalu, Hamzah bin Zainuddin telah berjaya mengalahkan Dr. Mohd Dhari Othman dari PAS dengan majoriti undi 1,911.
Bagaimanapun, PAS Kawasan Larut mempunyai pertimbangan yang lain. PAS Larut tidak memerlukan Fauzi Shaari sebagai calon Ahli Parlimen mereka, sebaliknya mereka lebih mempercayai Mohd Akmal bin Kamaruddin, manakala DUN Selama dan Kubu Gajah pula, PAS Kawasan lebih menaruh harapan kepada Dhari Othman dan Nazri Hj. Din.
Satu lagi DUN dalam Parlimen Larut iaitu DUN Batu Kurau. DUN Batu Kurau bagaimanapun, telah diserahkan kepada PKR untuk ditandingi bagi mewakili Pakatan Rakyat.
Sepucuk surat dari PAS Kawasan Larut untuk Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mendedahkan bagaimana PAS Kawasan menolak cadangan meletakkan bekas Pengarah JSJ PDRM itu di Parlimen Larut. Sekaligus menunjukkan sudah wujud kebimbangan daripada jentera-jentera bawahan PAS tentang usaha-usaha yang mereka lakukan selama ini, akan dicantas oleh orang atasan semata-mata untuk memenuhi janji yang diberikan tatkala menarik individu seperti Fauzi Shaari ke dalam PAS.
Meskipun PAS seringkali mencanangkan konsep WALA’ dan TSIQAH untuk menunjukkan bagaimana ahli-ahli dan pemimpin peringkat bawahan mampu menjadi taksub dan membuta tuli, namun perkembangan terbaru ini menyaksikan bagaimana PAS Kawasan sudah mulai bimbang dengan pertimbangan tidak wajar yang seringkali diambil oleh kepimpinan pusat.
Namun sesuatu yang sangat menakjubkan ialah bagaimana individu-individu yang baru BERSALIN KULIT seperti Fauzi Shaari mendapat tempat yang jauh lebih istimewa berbanding mereka yang sudah lama berjuang di dalam PAS. Hanya kerana mereka pernah berkedudukan dalam jawatan, mereka boleh mengatasi semua usaha keras akar umbi PAS dan segala jerih-perih serta keringat yang ditabur semata-mata untuk memastikan PAS berada pada kedudukan sekarang.
Mungkin kerana itulah, PAS Larut bertindak tegas dengan melanggar WALA’ dan TSIQAH menerusi tindakan mereka menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Agung PAS sendiri.


sumber
Photobucket

1 comments:

Anonymous said...

Mohon beri pandangan agar PAS tidak mengamalkan perangai umno.Kedudukan tidak penting kepada pejuang Islam.Menangkan Islam dan jadikan Islam itu memerintah itu matlamat kita.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List