Lagi Ramalan PilihanRaya Umum Ke13

on Jul 22, 2012

 

Khabar terbaru memetik sumber dari Putrajaya memaklumkan bahawa pilihanraya umum hampir pasti diadakan dalam tempoh selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum perayaan Hari Malaysia.

Justeru itu, Najib dijangka akan memohon supaya parlimen dibubarkan bulan depan.


Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 19 Ogos manakala 16 September adalah Hari Malaysia, idea asal Pakatan Rakyat tetapi ditiru pentadbiran Najib  tanpa rasa segan dan malu.


Tempoh itu juga membolehkan bakal haji menunaikan ibadah rukun Islam kelima dalam keadaan selesa yang dijangka bermula pada 26 Oktober tahun ini, poliemik yang mencetuskan penentangan kuat terhadap idea mengadakan pilihanraya umum dalam musim haji yang menafikan hak lebih 27 ribu pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.


Dalam bayangan tarikh pilihanraya, Najib menyatakan di Pekan, Pahang, semalam bahawa calon-calon pilihanraya masih dalam proses senarai pendek yang perlu diperhalusi sebelum keputusan akhir dibuat dalam beberapa minggu ini.


Selain menggunakan slogan 'Janji Ditepati' yang juga slogan rasmi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini yang mendapat kecaman banyak pihak, Najib  juga menggunakan beberapa pendekatan 'mesra rakyat' tetapi hasil kajian mendapati impak ke atas golongan sasar iaitu rakyat berpendapatan RM3000 ke bawah tidak menggalakkan seperti mana imbuhan yang diberikan dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berakhir April lalu.


Karnival tersebut, yang terbaru diadakan di Teras Jernang, Bangi, Selangor, mendapat sambutan dingin malah beberapa pihak mendakwa peserta karnival terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut kolej yang diangkut menggunakan bas, satu reaksi negatif kerana golongan tersebut belum boleh mengundi dalam pilihanraya umum akan datang.


Telahan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini meramalkan pilihanraya umum akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri ternyata berasas kerana mengandaikan Najib akan sempat memanggil kesemua parti komponen BN bagi membuat persiapan terakhir dan Ramadan yang kini bermula akan dijadikan medan meraih sokongan terutamanya dalam majlis berbuka puasa termasuk warga Felda dan kakitangan awam yang bakal dikerah, menurut aturcara program Najib sepanjang bulan puasa.


“Kami jangka BN akan menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana pengundi akan berfikir serius untuk kembali kepada kampung halaman mereka untuk mengundi hanya selepas mereka pulang dari cuti, "katanya kepada organ parti Islami tersebut, Harakahdaily di Rabat, Maghribi.


Menurutnya lagi, Najib akan sempat membentangkan Belanjawan 2013 yang dijangka pada 28 September memandangkan pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas notis pembubaran parlimen diterima Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).


Kajian Merdeka Center menunjukkan bahawa populariti Najib  kini berada pada paras 65 peratus yang dicerap pada Mei tahun ini, kurang enam peratus berbanding bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi yang memanggil pilihanraya di tahap sokongan 71 peratus tetapi Barisan Najis kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen selain lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya dimenangi Pakatan Rakyat.


Persoalannya kini adalah, beranikah Najib  menghadapi keputusan pilihanraya di saat pelbagai tohmahan dilempar terhadap musuh ketatnya, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat termasuk yang terbaru, imej komunis, subversif dan ekstrimis Jemaah Islamiyah (JI) meresap ke dalam pakatan tersebut selain isu filem 13 Mei arahan pengarah kontroversi Shuhaimi Baba yang jelas memberi gambaran buruk terhadap insiden berdarah itu kepada Pakatan Rakyat.


Pilihanraya kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah negara yang mempunyai 28.4 juta penduduk terdiri daripada puluhan etnik dan bahasa selain hampir 13 juta daripadanya akan mengundi termasuk lebih 2.2 juta akan membuang undi buat kali pertama.


Mandat semasa BN akan berakhir pada 28 April 2013, iaitu kira-kira lapan bulan dari sekarang.


Kedudukan semasa politik negara masih dalam tanda tanya tetapi pelbagai pihak meramalkan beberapa negeri bakal terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, termasuk Perak yang pernah dikuasai selama 11 bulan sebelum berlakunya rampasan kuasa secara tidak sah pada 4 Februari 2009 yang didalangi Najib Altantuya sendiri yang ketika itu masih Timbalan Perdana Menteri.


Selain Perak, penganalisis politik meramalkan Negeri Sembilan akan tumbang dan Johor akan menyaksikan Pakatan Rakyat bakal menyapu kerusi campuran Melayu iaitu peratusan kaum antara 50 hingga 55 peratus iaitu antara 10 hingga 14 kerusi daripada jumlah 26 kerusi yang ditandingi, kebanyakkannya calon sama ada MCA atau MIC selain GERAKAN.


Najib sangat berhati-hati dalam mengumumkan tarikh pilihan raya walaupun beliau menyatakan keyakinannya memenangi kerajaan pusat dan semua negeri.


BN menguasai Putrajaya dan Sembilan negeri manakala pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) menguasai Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.


Antara petunjuk lain yang difikirkan Najib adalah kes rayuan yang difailkan semula oleh Saiful Bukhari Azlan ke atas Anwar yang sudah dimulakan sebaik sahaja keputusan bertulis perbicaraan dikeluarkan kepada semua pihak dan pengadu mesti merayu dalam tempoh 10 hari selepas keputusan tersebut dikeluarkan.


Adalah dijangka, Najib akan meminta kes-kes perbicaraan berkait dengan Anwar dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk timbalan presidennya, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin, akan didengar seberapa segera bagi memastikan kunci Pakatan Rakyat ini terganggu sekaligus menjejaskan persiapan PKR menghadapi pilihanraya umum akan datang.


Tidak ketinggalan, desakan pemberian bonus sempena Aidilfitri ini oleh CUEPACS bakal memberi tekanan berganda buat Najib Altantuya kerana perbelanjaan mengurus kerajaan sudah bertambah secara ketara sejak mengambil alih tugas pada April 2010.


Hutang kerajaan persekutuan yang tinggi, iaitu RM456.2 bilion setakat April tahun ini turut meresahkan Najib Altantuya kerana pendapatan kerajaan kini hanya bergantung kepada dua sumber utama iaitu perolehan royalti, cukai dan dividen Petronas; dan simpanan rizab tunai yang besar dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu kira-kira 321.7 bilion.


Kerajaan Najib Altantuya setakat ini telah berhutang sebanyak RM144.56 bilion dan keputusan terbaru untuk menaikkan umur persaraan daripada 56 kepada 60 tahun yang signifikannya memberi erti bahawa wang pencarum hanya boleh dikeluarkan apabila bersara bakal mendapat tentangan hebat kaum pekerja yang terasa diri mereka dianiaya dan dipermainkan menggunakan wang titik peluh mereka sendiri.


JALAN PULANG

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List