Selepas Kemenangan Mursi, Terusan Suez Untung US10 Juta Dalam Sehari

on Jul 3, 2012






Hanya selepas sehari Muhamad Mursi diumumkan sebagai presiden, Terusan Suez untung US10 juta dari hasil pendapatannya, kata seorang pegawai Terusan Suez, pada Isnin 25/6/12 lalu.

Pejabat itu menambah 37 buah kapal menyeberangi Terusan Suez, dengan 15 kapal dari arah utara berasal dari Mediterranean yang membawa muatan sebanyak satu juta tan, dan 22 kapal dari arah selatan datang dari Laut Merah dan membawa 1.3 juta tan.

Kapal terbesar adalah kapal Panama tercatat membawa muatan 158.000 tan dalam perjalanan dari Itali ke Jeddah.

Sedikit Ringkasan Sejarah Tentang Terusan Suez  

Setelah banyak berita yang mem-broad cast keadaan di negara Mesir. Kerana telah terjadinya demo berdarah yang menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur dari kerusi Presiden yang berkuasa selama 30 tahun. Jadi kita masih ingat dengan salah satu keajaiban dunia iaitu sebuah "Terusan Suez" yang berada di negara Mesir.

Terusan Suez (bahasa Arab, Qana al-Suways), di sebelah barat Semenanjung Sinai, merupakan terusan kapal sepanjang 163km yang terletak di Mesir, menyambung Pelabuhan Said (Būr Sa'id) di Laut Tengah dengan Suez (al-Suways) di Laut merah.


Terusan Suez dibuka pada tahun 1870 dan dibina atas inisiatif jurutera Perancis yang bernama Ferdinand Vicomte de Lesseps.


Terusan ini membenarkan pengangkutan air dari Eropah ke Asia tanpa mengelilingi Afrika. Sebelum adanya saluran ini, beberapa pengangkutan dilakukan dengan cara mengosongkan kapal dan membawa barang-barangnya melepasi darat antara Laut Tengah dan Laut Merah.


Terusan ini terdiri dari dua bahagian, utara dan selatan Tasik Great Bitter, menghubungkan Laut Tengah ke Teluk Suez.


Pada 17 November 1869, seorang jurutera Perancis yang sudah lama tinggal di Mesir bernama Ferdinand Vicomte de Lesseps membuka kembali terusan kuno tersebut setelah sebelumnya mempelajari sejarah pengangkutan dan laluan perdagangan antara Mesir kuno dengan wilayah-wilayah selatan. Sebenarnya terusan suez ini menurut sejarah bahawa yang membangun pertama kali adalah raja firaun semasa berkuasanya ribuan tahun sebelum masihi.

Sebelumnya, kapal-kapal dari Eropah yang ingin ke Asia dari Mesir harus mengelilingi Benua Afrika dahulu dan ini jelas memakan tenaga dan kos yang terlalu tinggi. Beberapa di antaranya melakukan hal yang sama dilakukan raja-raja Mesir sebelum terusan itu dibina, iaitu dengan mengosongkan kapal dan membawa barang-barangnya melepasi gurun antara Laut Tengah dan Laut Merah.




sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List