Bakal Calon PAS...?

on Sep 25, 2012





BUKIT MERTAJAM: Selebriti tanahair, Wan Aisyah Wan Ariffin atau Aishah berkata beliau akan meneliti, mengkaji serta solat istiqarah terlebih dahulu sekira kepimpinan PAS menawarkan secara rasmi untuk dirinya bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, setakat ini memang ada suara menggajak untuk dirinya bertanding tetapi terpaksa menolak dengan alasan belum bersedia kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari daripada kepimpinan PAS terutamanya dari kepimpinan Dewan Muslimat tentang dunia politik.

"Saya tidak melakukan tindakan terburu-buru untuk memberikan jawapan selagi ilmu belum penuh dalam bidang politik.

"Masih banyak saya kena belajar sebab berpolitik bukan mudah sepertimana yang disangkakan.


"Justeru itu, jika ada tawaran secara rasmi pun saya tetap akan mengkaji, meneliti dan solat istiqarah kerana bimbang tanggungjawabnya amat berat, " terangnya ketika menjawab persoalan peserta dan peminatnya dalam program Hi-Tea bersama Aisyah di Padang Awam, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam semalam.

Aishah, bekas pelajar Sains Politik dari Universiti Auckland, New Zealand disebut-sebut akan bertanding atas tiket PAS di sebuah kawasan Parlimen di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang kata putus dari pihaknya atau PAS walaupun beliau mempunyai peluang besar di sana.

Menurut Aishah, tekadnya hanya satu ketika mengisi borang keahlian PAS, iaitu untuk menjadi jentera PAS untuk memastikan PAS melangkah ke Putrajaya.

Sebagai golongan artis jelasnya, kemasukan ke dalam PAS sekadar menjadi daya tarikan
supaya masyarakat yang selama ini merupakan peminatnya turut serta ke program yang PAS anjurkan.

"Bila mereka (peminat) datang bertemu di majlis anjuran PAS sekaligus memberi 'point' pada PAS itu sendiri.

"Tambahan lagi bila saya ceritakan pengalaman pahit yang pernah dilalui setelah aduan kepada Menteri yang terlibat dengan Hal Ehwal Wanita tidak diendahkan pasti ada yang simpati dan mengangap Barisan Nasional (BN) bukan tempatnya bergantung harap sebab orang yang ada nama pun tidak diberikan perhatian apatah lagi masyarakat biasa," ceritanya pada ratusan hadirin.


Aisyah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' di era 90 an menambah, kebangkitan masyarakat tanpa kira Melayu, Cina dan India membuktikan Pakatan Rakyat sudah bersedia mengambil alih pemerintahan dari pemerintahan yang zalim dan tidak mengambil peduli kesengsaraan rakyat bawahan.

Peluang itu harus diambil kerana lagi lama BN memerintah, sambungnya, rakyat bertambah miskin, harga barangan melambung berkali ganda dan hak rakyat dianak tirikan.

Turut sama hadir ke program anjuran Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Bukit Mertajam dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Alma Jaya itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa, Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Datin Siti Fatimah Osman, Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Mertajam, Norazman Ishak, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Bukit Mertajam, Puan Noriah, Timbalan YDP PAS Bukit Mertajam , Mohd Bakar Awang dan Ketua PAS Cawangan PAS Alma Jaya, Rosli Hasan.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List