Bekas Tentera Melopong...

on Sep 8, 2012





PM, Najib Razak telah mengumumkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada keluarga mendiang Loganathan atas kemalangan yang menimpa keluarga pengasas kumpulan Alleycats itu .  "Sebagai menghargai jasa mendiang kepada budaya kita dan semangat 1Malaysia, Yayasan 1MBDB akan beri RM100,000 kepada keluarga mendiang", kata Najib.

Tambah Najib lagi, "Ini sebahagian dari sumbangan, budi kepada mereka yang banyak berjasa melalui profesion menyanyi dan menyumbang kepada pembentukan negara bangsa," katanya.  Najib yang merupakan Pemangku Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata demikian dalam ucapannya di program Karisma Ramadan anjuran kementerian itu di Pusat Dagangan Dunia Putra baru baru ini.
 
Keluarga Mendiang Loga memang patut dibantu, itu tidak boleh dipertikaikan samasekali.  Apa yang menjadi persoalannya jumlah bantuan sebanyak RM100,000 itu adakah turut dirasai oleh rakyat biasa, rakyat miskin, anggota pasukan keselamatan atau bekas perajurit sekiranya bencana seperti itu menimpa mereka?  
 
Siapa boleh nafikan jasa Mendiang Loga, penyanyi terkenal dari Kumpulan Alleycat ini dan sememangnya beliau ada jasa terhadap perkembangan seni tanahair.  Tetapi, jasa terhadap seni tidak boleh dibandingkan dengan jasa terhadap mempertahankan negara seperti yang dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan termasuk mereka yang telah bersara.  Kita ingin bertanya, siapakah di antara anggota keselamatan dan bekas perajurit yang pernah mengalami bencana rumah terbakar yang mendapat seperti yang diperolehi oleh keluarga Mendiang Loga?
 
Adakah kita mahu nafikan masih ramai bekas pesara tentera/polis yang masih hidup dengan menumpang atau menyewa rumah.  Seperti yang pernah di siarkan dalam akhbar dan blog, terdapat satu keluarga bekas tentera yang suaminya sakit tidak boleh bekerja sehingga kini masih menyewa rumah yang sewanya tidak berbayar selama lebih kurang dua tahun.  Bayangkan, jika keluarga Mendiang Loga yang telah memiliki rumah sendiri tetapi terbakar mendapat RM100,000 yang dianggap sudah mencukupi untuk sebiji lagi rumah baru,bagaimana pula nasib bekas tentera ini?  Jika Mendiang Loga dikatakan mempunyai jasa besar terhadap seni, adakah bekas tentera ini jasanya terlalu kecil?
 
Kita tidak mempertikaikan bantuan sebanyak mana pun terhadap sesiapa yang ditimpa bencana.  Tetapi apa jua bentuk bantuan biarlah adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.  Jika kerajaan tidak mampu memberi banyak bantuan, biarlah yang sedikit itu dikongsi bersama oleh mereka yang senasib. 



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List