ROS dapatkan bantuan polis untuk siasat Suaram

on Sep 30, 2012






Selepas tidak dibenarkan memasuki pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) baru-baru ini, Perdaftar Pertubuhan (ROS) kini bergantung kepada polis untuk meyiasat kumpulan hak asasi manusia itu.

NONEROS semalam menhgantar notis kepada penasihat Suaram Kua Kia Soong, anggota sekreatnya Cynthia Gabriel dan pengasas bersama R Sivarasa untuk hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya untuk membantu siasatan.

"Ia bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah dan jika kami boleh ditangkap jika tidak tunjuk muka. 

"Polis sekarang sudah terlibat sama," kata Cynthia ketika dihubungiMalaysiakini.

Gabriel semalam, melalui Twitter, memberitahu, tiga pegawai ROS datang dengan tiga kereta untuk mengarahkannya hadir ke siasatan pada Isnin, 1 Oktober depan.

"Adakah mereka tiada kerja lain," tweet Gabriel semalam.

Seksyen 111 memberi kuasa kepada polis memaksa saksi tampil memberikan keterangan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan.



lagi kisah suaram

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List