Selepas Sepah Berpecah, Mamat Jauhkan Diri

on Sep 20, 2012


alt



Sejak kumpulan Sepah disahkan berpecah, sikap Mamat menjadi tanda tanya kepada bekas dua ahlinya yang lain iaitu Jepp dan Shuib kerana dia kini semakin sukar dihubungi.

Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, dia sendiri tidak tahu punca mengapa rakannya itu bersikap sedemikian (menjauhkan diri) daripada mereka termasuklah tidak menjawab panggilan telefon.
"Entah sebab apa jadi begitu, saya kurang pasti tetapi jika orang lain telefon dia jawab, kalau kami telefon, dia tidak mahu mengangkat. Tapi kami dengan hati tulus masih lagi ingin berkawan dengannya.
"Tambahan pula saya dah berbelas tahun menjadi sahabat dengan Mamat. Kalau boleh tak mahulah perhubungan ini menjadi keruh," katanya.
Jep, Shuib dan Mamat yang berkawan rapat sejak kecil mempunyai hobi sama iaitu gemar dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai 'Sepah' merupakan juara sukan tersebut di Johor Bahru.
Bagaimanapun tambah Jepp, dia mengambil hal itu secara positif dengan menganggap Mamat mungkin sibuk kerana pelbagai urusan kerja.
"Setakat ini kami tiada apa-apa isu. Malah sepanjang penggambaran filem Sepah The Movie pada tahun lalu, kami bersikap profesional walaupun pada awalnya tiada keserasian antara kami," ujarnya.
Ditanya adakah ketiga-tiga mereka akan kembali bersatu dalam kumpulan Sepah, kata Jepp, hal itu tidak mungkin akan berlaku memandangkan mereka telah membuat haluan sendiri.
"Rasanya lebih senang kami dengan haluan kerja masing-masing. Dan untuk memikirkan yang Sepah akan bersatu, itu tidak mungkin," katanya.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List