Anwar Ibrahim Tidak Diperkenan Sebagai PM ...?

on Oct 6, 2012







According to the constitution the Prime Minister must be a member of the House of Representatives and command the confidence of the majority members of Dewan Rakyat; citizen of Malaysia but not by naturalization.The Prime Minister and his cabinet ministers shall take and subscribe in the presence of Yang di-Pertuan Agong the oath of office and allegiance and the oath of secrecy before exercise the functions of the office. The Prime Minister and his cabinet ministers shall not be a member of legislative assembly of any state. The Cabinet shall be collectively responsible to Parliament.

Although statutory states that the Yang di-Pertuan Agong has his discretion in the appointment of the prime minister, the appointment is invariably given to the chief of the dominant party which commanding the most seats in lower house of parliament.

If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.

Melihat perkembangan semasa dan arus politik terkini, penulis berpendapat isu Anwar menjadi Perdana Menteri semakin menjadi tanda tanya.Keyakinan Anwar Ibrahim menjadi PM amat jelas apabila beliau berhujah dalam Bajet 2013. 


Anwar Yakin Sebagai Perdana Menteri
Tetapi kita rakyat juga tidak harus lupa kepada nasib yang menimpa beberapa pemimpin yang begitu pasti menjadi Menteri Besar tetapi tersungkur kemahuan dan keinginan mereka apabila Sultan memilih untuk tidak perkenan dna melantik calon yang diperkenan oleh Sultan.

Mungkin komen ini diangap remeh atau bakal mengundang kemarahan penyokong parti. Tetapi kita harus melihat isu ini sebagai satu situasi yang mungkin bakal kita hadapi apabila selesai PRU 13 jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya PRU 13.

Tetapi ramai juga yang boleh melihat krisis perlantikan Perdana Menteri (PM) mungkin akan berlaku jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU 13. Menjadi seorang Ahli Parlimen (MP) adalah atas pilihan rakyat dan ianya tidak melibatkan perkenan DYMM tetapi harus kita ingat perlantikan PM adalah hak mutlak Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong kerana beliau mesti memperkenankan bakal Perdana Menteri yang hendak dilantik bagi mengetuai kerajaan.

Jika kita baca ringkasan Perlembagaan diatas,dengan jelas menunjukkan perkenan DYMM adalah syarat perlantikandan DYMM berhak memilih PM yang diperkenankan oleh baginda.

Sejarah Pahit Pertama, Kuasa Sultan Melantik MB


Beberapa kisah perlu kita ingat semual dan ada kemungkinan scenario ini juga bakal berlaku selepas PRU 13.

Masih kita ingat bagaimana isu perlantikan beberapa Menteri Besar menjadi krisis atas pilihan Sultan Negeri dan begitu juga pemilihan PM akan tertakluk kepada budi bicara DYMM. Peristiwa isu perlantikan MB Perlis adalah satu pengajaran bagaimana kuasa Sultan masih mampu mengubah perlantikan MB walaupun hakikatnya Shahidan KAssim merupakan peneraju BN ketika PRU 2008 yang memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional. 

Kesudahannya, Shahidan KAssim tinggal sejarah dan hilang kerusi empuk idamannya walaupun membawa BN kemenangan besar di negeri Perlis. Ini juga harus dilihat bahawa PM ketika itu sendiri telah memberi restu kepada Shahidan Kassim sebagai MB tetapi kerana gagal mendapatkan perkenan Sultna maka pilihan Sultan menjadi keputusan muktamad.  



Sejarah Pahit Kedua-Kuasa Sultan Melantik MB 

Siapa tidak kenal Idris Jusoh yang mengembalikan Terengganu dari kuasa politik PAS kepada Barisan Nasional. Beliau begitu kukuh mendapat sokongan akar umbi dan pemimpin UMNO namun akhirnya tersungkur juga dari kerusi idamanya sebagai MB Terengganu.Beliau juga mendapat sokongan Perdana Menteri namun akhirnya terpaksa akur hilang kerusi idamannya sebagai MB





Perlembagaan memberi kuasa mutlak kepada DYMM dalam pemilihan PM dan ini akan menyebabkan kuasa mutlak itu diguna pakai jika perlu. Anwar Ibrahim dilihat sebagai satu ancaman bagi kerajaan sedia dan ini adalah hakikat.Kita tahu beliau juga dikaitkan dengan pelbagai isu seperti menjadikan Malaysia sebuah Republik dan dilihat sebagai pemimpin yang bermasalah moralnya walaupun pihak mahkamah telah membebaskan beliau dari  pelbagai tuduhan yang direka cipta atau juga benar.


Kisah kisah dan gosip terhadap Anwar tidak habis dan pelbagai gosip terus dikaitkan dan ada masanya gosip tersebut telah mengaibkan dirinya di pandangan masyarakat. Bagaimana pula pandangan Majlis Raja Raja terhadap Anwar Ibrahim? Adakah mereka melihat beliau dari aspek gosip dan pelbagai tuduhan dan dikatakan agen kuasa asing memberi kesan dalam menilai kewibawaan Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai PM?



Mampukah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia? Mampukah beliau mendapat perkenan DYMM? Tanpa perkenan DYMM pastinya jawatan PM tidak mungkin menjadi idamannya. 

Adakah mungkin Anwar Ibrahim tidak akan menjadi PM sekiranya tidak diperkenan oleh DYMM dan ini juga akan menyebabkan krisis antara rakyat & istana. Mampukah kuasa rakyat (andai PKR menang lebih kerusi parlimen dari PAS & DAP) memberi ruang kepada Anwar Ibrahim dalam mencapai impianya atau akan tersekat kerana tiada perkenan DYMM?

Bagaimana pula jika PAS memenangi lebih kerusi parlimen berbanding PKR & DAP? Kita sedia maklum kekuatan PAS pada masa ini  pada tahap terbaik berbanding PKR & DAP dan sudikah PAS memberi ruang kepada Anwar Ibrahim menjadi PM? Atau ahli PAS akan terus mahukan Presiden PAS menjadi PM. Sudah pastinya DAP tidak akan memberikan ruang kepada Anwar andai mereka menjadi kuasa dominan dalam pegangan kerusi parlimen.

Penulis berpendapat, krisis ini bakal berlaku andai PRU 13 memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.Mungkinkah Anwar Ibrahim akan melalui pengalaman seperti Shahidan Kassim atau Idris Jusoh atau akan terus dinobatkan sebagai PM Malaysia.

Tidak sabar menanti PRU 13...Anwar PM? atau Darurat? atau Perubahan Perlembagaan? 


sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List