UMNO Khuatir Persaingan ‘Pahlawan Lama’

on Oct 30, 2012






Sebahagian ahli Umno khuatir dengan kembalinya rakan-rakan lama mereka untuk kerusi yang bakal dipertandingkan berkemungkinan menjadikan persaingan untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang lebih sengit, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

“Saya beritahu agar mereka tak ambil hati. Tuan-tuan  juga ... tahu bagaimana kerenah dan perangai kawan-kawan kita,” katanya ketika melancarkan Persatuan Bekas Ahli Parlimen (Mubarak) hari ini.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, kemudiannya mengesahkan parti itu telah memulakan kempen tanpa melalui arus perdana dengan mendekati organisasi bukan kerajaan yang mewakili pesara-pesara polis, tentera dan bekas ahli politik.

“(Kempen kita) telah berjalan pun. Itu pasal kecurigaan mungkin timbul,” kata Abdul Aziz kepada pemberita.

“Kita buat program untuk menceritakan hal kejayaan Barisan Nasional (BN) setakat ini ... Ini peranan kita, dan tidak ada langsung nawaitu untuk nak menentukan kita sendiri sebagai calon.

“Jika sekiranya salah seorang daripada kita dipilih sebagai calon ... ia disebabkan personalitinya, yang diterima pengundi.”
Tengku Adnan  turut menjelaskan BN sedang mencari calon yang mesra rakyat untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang.
“Kita hendak calon yang rakyat hendak, bukan calon yang dipilih oleh parti atau individu-individu tertentu dalam parti,” tegasnya.

“Malah presiden (Datuk Seri Najib Razak) sendiri telah sebut … bukan calon yang presiden hendak, dia nak calon yang rakyat nak mewakili mereka sebagai wakil rakyat.”

Beliau juga turut mengesahkan BN sekarang memberikan tumpuan bukan hanya untuk menang empat kerusi daripada Pakatan Rakyat (PR), tetapi kesemua kerusi.

“Kita nak ambil semua negeri balik, bukan empat negeri .. Kita nak lebih dari dua pertiga dalam Parlimen supaya kita dapat buat perubahan-perubahan yang perlu dilaksanakan,” tegas Tengku Adnan.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan keyakinan Tengku Adnan BN akan lebih baik berbanding 2008 ketika majlis bersama Foreign Correspondents Club of Malaysia walaupun berhadapan kesukaran di negeri “deposit tetap” Sabah dan Sarawak.

Menurut laporan sumber, BN menjangkakan memenangi lebih 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya 2008 walaupun PR yakin akan menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, ahli politik BN melihat tujuh kerusi Parlimen di Sarawak dan enam di Sabah tidak akan tergugat oleh PR namun mengekalkan kedudukan mereka di kawasan pedalaman. Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang



The Malaysian Insider

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List