Johor, Negeri Sembilan sedang bangkit

on Nov 10, 2012






Semakin hampir PRU Ke-13 semakin menyerlah harapan Pakatan Rakyat untuk menguasai Puterajaya selepas pilihan raya umum akan datang ini. Betapapun pemimpin Umno/BN berusaha menjadikan tarikh PRU itu sebagai teka teki berterusan, tetapi ia pasti diadakan selewat-lewatnya Mac tahun depan. Ertinya pilihan raya umum yang sangat merunsingkan, malah mencemaskan Umno/BN itu, datang juga.

Rakyat Malaysia sedang menunggi tarikh tersebut untuk membuat keputusan, sama ada akan menyambung lagi pemerintahan 55 tahunUmn/BN atau menukarkannya kepada kerajaan baru – Pakatan Rakyat.

Namun seperti dikatakan, semakin hampir pilihgan raya itu, semakin menyerlah harapan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru, justru mood rakyat untuk membuat perubahan dari Selatan tanah air sangat ketara.

Sabtu lalu kira-kira 10,000 orang telah menghadri di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Senawang, anjuran PAS/Pakatan Rakyat walaupun di tengah hujan sekali renyai, sesekali lebat.

Seingat saya, Himpunan Rakyat ini adalah di antara himpunan Pakatan Rakyat yang terbesar di negeri Adat Perpatih, suatu lagi gelombang rakyat yang tentunya sangat merunsingkan Umno/BN, lebih-lebih lagi semakin dekatnya PRU Ke-13.

Penceramah utama di sebelah malam himpunan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum Ke-13 yang semakin hampir.

"Kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma, membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta dan mengkaji semiula AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik),” katanya.

Menurut Anwar, harga barang keperluan harian terus meningkat, rasuah juga turut meningkat dan ini sangat menghampakan dan menyusahkan rakyat,” katanya.
Presisen PAS, Dato Seru Abdul Hadi pula dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka ‘maha suci’ daripada kekurangan dan kelemahan dan tidak berbuat sikap.

Menurutnya, harta negara jadi semacam harta pemimpin dan ini seolah-olah diilihat bukan sebagai amanah serta ajaran Islam.
“Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau.

Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Presiden PAS itu menegaskan bahawa rakyat boleh menghukum kerajaan dengan menggunakan platform demokrasi melalui pilihan raya.
Sementara itu, Lim Kit Siang pula menafikan sama sekali bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13.

Itu semata-mata fitnah, katanya berulang-ulang.
Pada pendapat saya, Negeri Sembilan adalah antara negeri di selatan Semenanjung yang berpotensi bagi Pakatan Rakyat untuk mencapai kemenangan besar dalam PRU akan datang, yang dijangka perubahan itu dimulakan dari negeri Johor.

Negeri Sembilan mendapat perhatian peminat politik apabila kerajaan BN yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008 tidak mempunyai kuasa 2/3.

Dari 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, DAP berjaya memenangi 10 dari 11 kerusi yang ditandinginya, PKR menang empat dari 12 kerusi manakala PAS menang satu dari 13 kerusi yang ditandingi.

Di peringkat Parlimen pula, DAP mendapat dua kerusi Parlimen manakala PKR mendapat satu dari lapan kerusi Parlimen di negeri ini.
Ini bermakna, Pakatan Rakyat hanya memerlukan empat kerusi DUN saja lagi untuk memerintah Negeri Sembilan.

"Jika 45% pengundi Melayu di Negeri Sembilan memihak kepada Pakatan kali ini, Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan di negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang," kata Dr Rosli Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang ditemui oleh Pengarang Harakahdaily, Zulkifly Sulong di perhimpunan di Senawang itu.

Dalam PRU 2008, 35% pengundi Melayu memberikan undi kepada Pakatan Rakyat manakala 65% pengundi Cina memberikan undi kepada Pakatan.

Bagi Dr Rosli, angka 45% sokongan pengundi Melayu tidak lagi mustahil dalam pilihan raya umum akan datang. Ini kerana, angin perubahan bertiup kencang di Negeri Sembilan ini.
"Jika pengundi Cina boleh memberikan undi sehingga 80%, ketika itu bebanan untuk mendapatkan undi Melayu semakin kurang," kata Dr Rosli. Inilah kedudukan yang ada di Negeri Sembilan.

Sementara itu di Negeri Johor, sebuah negeri yang dianggap kubu kebal Umno, kini sedang menghadapi perubahan di mana kebanyakan rakyatnya yang berbilang kaum telah memperlihatkan sikap jelas menolak Umno/BN dalam Pru akan datang.

Dalam pelbagai majlis ceramah umum, jamuan di restoran oleh Pakatan Rakyat di Pulai, Johor Bahru, Kulai Jaya, Batu Pahat, Muar, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Endau dan Mersing serta pelbagai tempat lagi, sambutan rakyat begitu luar biasa – sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Ahad lalu, PAS negeri itu mengadakan konvensyennya, sehari selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang. Dengan tema 'Pecutan Terakhir ke Nusajaya' Konvensyen itu diadakan di Markaz PAS Johor, Kampung Parit Bisu, Batu Pahat dan mendapat sambutan sangat baik.
Ia akan dirasmikan oleh Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Konvensyen ini merangka pelan terakhir menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dengan pelbagai isu yang timbul, termasuk isu Felda, pengambilan tanah, harga barang naik, rasuah dan nepotisme yang berleluasa, saya percaya PRU akan datang ini kita akan melihat perubahan yang sangat besar ditambah dengan sokongan semakin kuat rakyat di Sabah dan Sarawak kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun tanda-tanda jelas tsunami politik akan bermula dari negeri selatan Semenanjung, terutama Johor dan NS, sementara Melaka juga sudah menunjukkan tanda perubahan yang ketara.



Oleh Abd Shukur Harun


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List