Puteri Umno bidas Hadi dakwa komponen BN bersifat perkauman

on Nov 5, 2012







Puteri Umno bidas Hadi dakwa komponen BN bersifat perkauman

Pergerakan Puteri Umno membidas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa parti komponen Barisan Nasional (BN), terutama MCA dan MIC, bersifat perkauman.
  
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kenyataan itu membuktikan Presiden PAS adalah seorang yang berfikiran sempit serta gemar menggunakan politik berunsur fitnah.
  
"Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa pemimpin pembangkang di negara ini lebih gemar menyebar fitnah meskipun mereka sedar bahawa perkara tersebut adalah salah serta dilarang oleh agama.
  
"Keadaan ini amat mengecewakan kerana ketika semua parti komponen BN bekerja keras membela nasib rakyat, pembangkang pula bekerja keras memutar-belitkan fakta untuk memfitnah," katanya.

Beliau mengulas ucapan Abdul Hadi pada perhimpunan Pakatan Rakyat di Seremban semalam yang mendakwa parti komponen BN terutama MCA dan MIC bersifat perkauman kerana dianggotai satu kaum sahaja manakala parti pembangkang tidak begitu dan dianggotai pelbagai kaum.
  
Sehubungan itu, Rosnah mengingatkan rakyat supaya tidak sekadar menerima dakwaan pembangkang tanpa menimbang usaha dilaksanakan kerajaan yang sudah jelas terbukti.
  
Beliau berkata perpaduan yang sedia wujud hari ini bukan datang dengan mudah dan negara melalui pelbagai cabaran serta ujian sejak mula mencapai kemerdekaan.

"Jadi, janganlah kita memusnahkan keharmonian dan perpaduan yang wujud ini melalui cara mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang ingin memecah-belahkan kerjasama rakyat yang sedia ada.

"Untuk meruntuh atau memusnahkan perpaduan dan kerjasama antara kaum amat mudah sekali, tetapi untuk membinanya, kita terpaksa mengambil masa yang lama," katanya.
  
Rosnah juga berkata pembangkang sanggup mengkucar-kacirkan keharmonian negara dengan politik fitnah demi mengejar impian mereka yang terlalu ingin untuk memerintah.
  
Beliau turut mengingatkan rakyat supaya mengambil pengajaran daripada pengakuan bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang pernah dilaporkan berkata bahawa penyertaannya dalam parti itu merupakan satu kesilapan besar.
  
Tunku Abdul Aziz dalam satu kenyataan sebelum ini dilaporkan berkata beliau tertipu dengan kenyataan DAP yang mendakwa kononnya parti itu memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum.
   

- Bernama



Marahnya dia apabila TGH Hadi  kata parti Soi Lek dan Palanivel, parti bersifat perkauman!

Puteri Umno bermadah, dengan berkata begitu TGHH adalah seorang yang berfikiran sempit (KAHKAHKAHKAHKAH....hah ngko....ish tak boleh tebeng aku!!!!!), serta gemar menggunakan politik berunsur  fitnah! Alahai Puteriiiii.....!!!!!!

Menyebar fitnah konon bila kata parti Soi Lek dan Palanivel bersifat perkauman dan lebih dahsyat 'fatwa' Puteri, perbuatan TGHH itu adalah salah, fitnah dan dilarang agama kononnnn!!! Ey wahhh!!!

Soi Lek hina agama Islam....tak berfikiran sempit dan fitnah!

Soi Lek hina Hukum Hudud....tak bersifat perkauman dan fitnah!

TGHH kata parti Soi Lek dan Panivel perkauman...berfikiran sempit dan fitnah!

Alangkah kasihnya Puteri Umno kepada Soi Lek!

MIC Palanivel pun puteri kasih jugak? Aiyoo!!!

KIMMA? Tak kasih?

Puteri, cukuplah ‘memabukkan’ diri ok!



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List