Adnan Yaakub lebih busuk dari bangkai

on Dec 13, 2012




Seorang warga emas serta dua rakan wanita berkenaan ditahan polis hari ini di bangunan yang menempatkan pejabat Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Tuw Yin Lan, 71, serta dua rakannya ditahan selepas mendekati Adnan dan menggesa menteri besar itu meminta maaf atas kenyataan berhubung perarakan Himpunan Hijau bulan lalu.

NONETuw yang dikenali dengan nama Aunty Mei merupakan salah seorang daripada peserta perarakan jalan kaki sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur itu.

Ketua publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung ketika dihubungi berkata, Tuw marah dengan dakwaan Adnan bahawa peserta berkenaan hanya berjalan sejauh 200 meter.

"Beliau menunggu di luar pejabat (Adnan) sejak jam 11 pagi. Apabila MB muncul, beliau tampil dan meminta (Adnan) memohon maaf, tetapi (Adnan) enggan," katanya.

Menurutnya lagi, turut ditahan bersama Tuw ialah seorang lelaki, Wong Chun Yuan dan seorang lagi wanita, Yip Fong Kiew.

Kesemua individu berkenaan kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kuantan, katanya.


malaysiakini


Sikap angkuh dan sombong yang ditunjukan oleh Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub hingga bertindak keterlaluan keatas warga emas, Tuw Yin Lan, 71 (kiri) dan dua orang rakannya adalah sangat dikesali.

Takkanlah hanya kerana mereka menyuruhnya meminta maaf pun satu kesalahan jenayah dan perlu ditangkap? 

Lihatlah, bagaimana polis dan undang-undang diperalatkan dengan semborono oleh orang-orang politik macam Adnan ini.Betul gak dakwaan mantan Musa Hasan tu. 

Apakah mungkin kerana Adnan marah kerana dia tercirit-cirit dan terkencing apabila diterjah oleh warga emas tersebut, lalu polis dipanggil polis untuk menangkap mereka? 

Adnan bangga dgn kelaku samseng dan sombongnya

Entahlah…walau apa pun, nama Adnan Yaakub kini lebih busuk dari bangkai.Benarlah apa yang Mahathir kata : Umno busuk hingga ke ususnya...ha! ha! ha!

Warga emas bersama rakannya telah pergi ke pejabat Menteri Besar Pahang dan bila Adnan muncul, mereka pun menghampirinya dan memintanya supaya minta maaf. 

Adnan telah mendakwa mereka telah menaiki kereta mewah dan hanya berjalan 200 meter sahaja. 


Mereka yang menyertai perarakan hijau anti Lynas , berjalan kaki sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur tentulah berasa kesal dan jengkel kerana difitnah macam itu. 

Tetapi Adnan degil dan enggan berbuat demikian, sebaliknya warga emas tersebut ditangkap bawah Seksyen Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan 189 kerana mengancam keselamatan penjawat awam. 

Jika sabit kesalahan , boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. sumber



sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List