Mahathir Pun Terdesak...?

on Dec 12, 2012




Rupanya, bukan setakat Perdana Menteri, Najib Altantuya yang terpaksa bekerja keras memastikan Barisan Nasional (BN) memperolehi majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum ke-13, tetapi bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad juga nampaknya terdesak mempertahankan kuasa yang berbaki kurang 128 hari lagi di Putrajaya.
 

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata Mahathir yang sudah bersara akhir 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga terpaksa bekerja keras kerana bimbang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

 

Katanya, semalam, Mahathir berada di Sik, Kedah untuk mengingatkan ahli Umno bagi menghilangkan rasa tidak puas hati terhadap calon yang dipilih kepimpinan tertinggi Umno dan BN jika mahu lihat BN kekal berkuasa selepas PRU-13.

 

Mahathir meminta ahli Umno mengenepikan perbezaan dan memberi sokongan penuh kepada calon BN yang terpilih kerana keutamaan sepatutnya untuk memastikan kejayaan supaya BN dapat menang besar dan membentuk kerajaan yang kuat.

 

“Perkara itu amat luar biasa tetapi kebiasaan Mahathirisme yang mana Mahathir perlu memberi amaran mengenai penyakit “Melayu mudah lupa” sebagai punca tidak puas hati di dalam Umno sehingga tidak menyokong calon yang terpilih, sedangkan Mahathir sendiri adalah gambaran terbaik penyakit “Melayu mudah lupa” apabila giat berkempen menentang Abdullah sebagai Perdana Menteri pada pilihanraya umum tahun 2008,” katanya.

 

Kit Siang yang juga Penasihat DAP Kebangsaan berkata, jelas pada Mahathir, yang BN berada di hujung tanduk menjelang pilihanraya umum ke-13 bukan soal jawatan Perdana Menteri Najib tetapi legasi Mahathir, dan tiada keraguan lagi yang mana satu akan mendapat keutamaan sekiranya berlaku pertembungan antara jawatan Perdana Menteri Najib Altantuya dan legasi Mahathir.

 

“Itu sebabnya mengapa rakyat Malaysia mendapati kenyataan Najib dalam wawancara bersamaThe Malay Mail Jumaat lalu bahawa beliau memerlukan mandat daripada pengundi untuk mereformasikan Umno adalah mengejutkan.

 

“Pertama, hal itu terkena pada diri sendiri dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-66 sepuluh hari lalu, mengakui kegagalan Umno dan BN pada pilihanraya umum lalu adalah “isyarat jelas rakyat Malaysia kepada Umno dan rakan dalam BN untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat,” katanya.

 

Apabila Najib Altantuya mengatakan beliau memerlukan mandat pengundi pada pilihanraya umum ke-13 untuk mereformasikan Umno, sebenarnya Najib mengakui dia gagal mereformasikan Umno meskipun “isyarat jelas” daripada rakyat pada pilihanraya umum lalu bahawa Umno mesti berubah – sebab yang mencukupi mengapa Umno dan BN mesti diganti dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya pada pilihanraya umum ke-13.

 

“Jika Umno dan BN mendapat majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum ke-13, jumlah kerusi Parlimen Pakatan Rakyat akan berkurang sekurang-kurangnya lapan kerusi, iaitu 74 daripada 82 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum ke-12, memberi BN majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi.

 

“Bagaimanapun, sekiranya Pakatan Rakyat boleh memenangi majoriti yang banyak melalui empat juta pengundi atas pagar dalam daftar pemilih yang terdapat lebih 13 juta pengundi – terdiri daripada tiga juta pengundi baru dan satu juta pengundi atas pagar daripada pilihanraya umum ke-12 – Pakatan Rakyat mampu mengalahkan Umno dan BN dan mendapat majoriti lebih 20 kerusi parlimen,” ujarnya.

 

Kit Siang berkata, dalam senario terbaik itu, kemungkinan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di dalam Parlimen adalah 45 untuk KEADILAN manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 40 kerusi – memberikan Pakatan Rakyat majoriti kecil 28 kerusi.

 

Bagaimanapun, parti Pakatan Rakyat mesti berkerja keras untuk memenangi pengundi atas pagar, memandangkan perkembangan beberapa bulan ini memberi sebab untuk pengundi atas pagar mula berasa ragu-ragu sama ada parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada KEADILAN, PAS dan DAP betul-betul komited terhadap Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

 

Keraguan yang diekploitasi habis-habisan oleh media rejim Zionis Umno dan cybertrooper, perlu diatasi segera atau Pakatan Rakyat akan kehilangan peluang keemasan untuk memenangi Putrajaya pada pilihanraya umum ke-13 dengan mudah.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List