KENAPA UMNO SEBUK KEHILANGAN NASHARUDDIN MAT ISA ...?

on Jan 30, 2013






Muhyiddin kata pemecatan Nasharuddin dari Majlis Syura PAS "Aneh." Najib kata "bermotif politik."

Penulis setuju dengan kedua mereka.

Penulis setuju penguguran Nasharuddin Mat Isa "aneh" kerana patut dari dulu lagi dia dah kena pecat. Bukan selepas berkali-kali mulut jeghabei - pantang disua mikrofon oleh media pencacai, berita Hairan, Utusex dan TV3. "Aneh" sungguh Majlis Syura sanggup simpan dia begitu lama walaupun tiada komitmen pada jemaah dan penduduk kawasan yang diwakilinya, Bachok

Penulis juga setuju pengguguran Nasharuddin Mat Isa "bermotif politik" kerana pemecatannya tiada motif dendam kesumat. Ia bukan seperti pembunuhan Altantuya oleh dua orang bekas polis malaun kambing hitam yang tidak tahu apa motifnya. Tindakan memecat Nasharuddin Mat Isa is politically long overdue!

Tindak tanduk Nasaruddin Mat Isa juga aneh. Sehingga kenduri kahwin anak pun aneh. Tiada pemimpin utama PAS di meja VVIP. Yang ada adalah individu berikut (sumber: Pencacai):
  • Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin
  • Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ,
  • Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin,
  • Bekas Naib Conselor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah,
  • Pengarah Urusan Syabas, Tan Sri Rozali Ismail,
  • Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali.
  • Ketua Pengarah PLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik 
Umum mengetahui siapa dan apa inclination tetamu kehormat Nasharuddin Mat Isa. Umum juga mengetahui tak lama lepas itu Ibrahim Abu Shah mencari Tuan Guru Nik Aziz. Untuk apa cari Tuan guru? Aneh?

Takkan Ibrahim Abu Shah saja-saja nak jumpa Tuan Guru Nik Aziz tanpa motif politik.

Kata orang tua2. Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Bagi kes Nasharuddin Mat Isa, dia sendiri yang terjun ke dalam kubang kerbau!

Kenapa ameno meratapi terpecatnya Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura? 
Nasharuddin Mat Isa tiada kena mengena dengan ameno, bukan sepatutnya begitu? 
Tentu ameno sedih kerana sudah kehilangan kuda trojan yang hebat!
Kuda tojan yang diparking dengan selesa di dalam nadi PAS.

Nasihat penulis kepada mereka yang masih berada dalam Majlis Syura PAS dan Pas Pusat. Demi menjaga kestabilan dan kekuatan jemaah, lupakan Nasharuddin Mat Isa.

Bukan penulis cadang supaya kita memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam, tetapi ini yang terbaik. Buat sementara, sehingga PRU13, simpan saja "kasih sayang" komer (baca: ahli Majlis Syura dan PAS Pusat) kepada Nasharuddin Mat Isa di dalam hati. Tak perlu visualize. Tak perlu sebut. Ini kerana setiap gerak geri pemimpin PAS dan Nasharuddin Mat Isa sentiasa diintip oleh SB2 ameno! 

Jika ameno nampak atau dengar ada pemimpin PAS yang menunjukkan empathy kepada Nasharuddin Mat Isa, ia akan dijadikan modal ameno untuk memecahbelahkan PAS.

Nasharuddin Mat Isa boleh masuk UMNO (dan memeluk segala kebobrokannya) yang dia dah suka kawan.


Penulis Asal 'Yong Suka Kuning'

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List