Buzz Feed Portal pernah mendedahkan kegiatan Najib Razak yang dikatakan telahmengupah blogger-blogger dari US antaranya Joshua Trevino, bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim disiar di media antarabangsa disamping mempromosi menaikan imej pentadbirannya selaku Perdana Menteri.
Pada 7 Mac 2012, The Wall Street Journal telah menyiarkan berita mengenai pembayaran dari Najib kepada Blogger dari US itu bertajuk ‘Malaysia’s U.S. Propaganda’. Diberitakan kempen propaganda telah pun bermula sejak Mei 2008 lagi sehingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino.
- Joshua Trevino menerima bayaran USD389,724.70
- Antara nama yang terlibat menjalankan propaganda berkaitan dengan nama Anwar Ibrahim ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.
- Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis mengenai senario politik Malaysia
Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush baru-baru ini telah pun menyerahkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide yang pernah menjadi kontroversi cukup panas melibatkan transaksi bernilai RM76.8 sekitar tahun 2010 dahulu di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media antarabangsa Russia Today turut menyiarkan liputan mengenai skandal Najib Razak tersebut…
Beginilah perangai sebenar najib, menipu tak habis-habis. Segenap tempat di Malaysia terpampang gambar dan slogan 1Malaysianya, seolah-olah dialah PM yang terbaik! Hakikatnya dia seorang PENIPU serta BACUL!!!
Cakap berdegar-degar, tapi bila diajak berdebat demi kebaikan negara dia TAKUT, bermacam alasan yang diberinya! .
Tunggulah kau najib..masa kau akan tiba juga nanti..rakyat sendiri akan menghakimi kamu dan memastikan kamu disumbat ke PENJARA diatas segala apa yang telah kamu lakukan!
0 comments:
Post a Comment