Anwar semakin dekat dengan orang ramai

on Apr 3, 2013




KUANTAN: Ke mana saja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi menjelang pilihan raya 2008 lalu, di situ kubu BN terbukti goncang.

Ia berdasarkan keputusan undi yang diperolehi PKR dan lain-lain parti pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Kini, dengan jangka masa yang panjang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berkempen, sokongan kepada Pakatan Rakyat meningkat dari hari ke hari.

Sebahagiannya adalah disumbangkan oleh Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Ia berkaitan dengan cara beliau bercakap kepada mereka yang datang menyertai ceramah-ceramah beliau.

Malam ini di Balok Makmur, ribuan yang hadir mendapat layanan istimewa apabila Anwar turun menemui mereka ke bawah pentas.

"Cara Anwar bertentang mata dengan mereka yang hadir bakal mengikat mereka dan seterusnya menyebabkan mereka menyebarkan mesej untuk semua rakan dan taulan mereka," ulas seorang pengkaji politik ketika menilai cara Anwar berhubung dengan orang ramai dalam ceramah-ceramahnya.

Ketika kebanyakan penecaramah terikat dengan ronstrum mereka, Anwar membuat pendekatan berbeza.

Beliau membebaskan dirinya dari rostrum dan dalam kes Balok Makmur malam ini, Anwar membebaskan dirinya dari pentas yang mengikat dirinya.

Anwar turun ke bawah pentas dan bercakap secara langsung dengan orang ramai.

"Cara ini menyebabkan orang ramai terasa dekat dengan penceramah.

"Ini yang mengikat mereka dengan Anwar," tambah beliau yang merupakan pensyarah kepada Universiti Islam Antabangsa cawangan Kuantan itu lagi yang turut serta mendengar ceramah Anwar di Balok Makmur.

Bagi beliau semakin kuat tekanan diberikan oleh media BN kepada Anwar, orang akan lebih ramai menyertai ceramah-ceramah Anwar.

"Terbukti berdasarkan keputusan pilihan raya 2008, di kawasan mana Anwar pergi, di situlah undi parti pembangkang ketika itu melonjak naik," tambahnya.~ Harakahdaily



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List