PRU13 : Nik Abduh Ke Pasir Mas? Umno Tasek Gelugor PECAH DUA? Bilik Gerakan BN Shah Alam TUTUP?

on Apr 17, 2013


Nik Abduh


Bekas penyandang kerusi Parlimen Serdang dari DAP,
Teo Nie Ching (tiga dari kiri), 32 akan bertanding di parlimen Kulai
pada pilihanraya umum ke-13.



Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng pada satu ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Pasar di Kulai malam tadi.

 Pengumuman tersebut turut menamatkan spekulasi mengenai kerusi Kulaijaya di antara Teo dan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di mana kedua-duanya disenarai pendek sebagai calon untuk kerusi yang disandang bekas Presiden MCA, Ong Ka Ting.

 Teo akan berdepan Timbalan Pengerusi MCA bahagian Kulai, Tay Chin Hein, 45.

 DAP buat pertama kalinya mempertaruhkan calon wanita untuk kerusi parlimen tersebut.

 Sementara itu, Lim turut mengumumkan pembantu setiausaha publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor, Wong Shu Qi, 30 sebagai calon untuk kerusi DUN Senai.

 Dengan pengumuman Wong, ini bermaksud penyandang kerusi DUN Senai, Ong Kow Meng digugurkan dari senarai calon pada pilihanraya umum kali ini.

 Penggantinya dipercayai sudah dimuktamadkan dan nama yang disebut ialah Dr Ong Kian Ming yang sebelum ini disebut-sebut bertanding di parlimen Seputeh.

 Difahamkan bekas penyandang kerusi itu, Teresa Kok Suh Sim kekal mempertahankan kerusi parlimennya selain DUN Kinrara di Selangor.

 Bekas penyandang parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw sudah disahkan mempertahankan kerusinya buat penggal kelapan berturut-turut.

 Veteran DAP ini bakal ditentang calon PPP, A Chandrakumanan yang kurang dikenali penduduk setempat, dan berkemungkinan besar akan kalah di tangan Seng Giaw dengan majoriti tidak kurang dari 15 ribu undi.

Sementara itu, calon bagi parlimen Pasir Mas hampir pasti milik anak Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz (kanan).

 Keputusan terakhir yang dibuat mengesahkan nama Nik Abduh setelah melihat kepada keadaan calon Umno, Che Johan Che Pa yang diumumkan sebagai calon semalam.

 Manakala BEKAS penyandang kerusi itu, Ibrahim Ali pula yang bengang tidak dicalonkan walaupun BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad merayu kini sah bertanding sebagai calon bebas.

 Pertandingan tiga penjuru ini bakal memberi kelebihan kepada Nik Abduh kerana Che Johan merupakan anak didik Ibrahim semasa dalam Umno bahagian itu.

 Ini bermakna, Ketua Dewan Muslimat PAS pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dijangka kekal di parlimen Rantau Panjang setelah spekulasi mengenai kemungkinan bertanding di Pasir Mas tidak menjadi kenyataan.

 PAS Kelantan akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding bagi kerusi parlimen dan DUN malam ini dalam satu ceramah perdana di Kota Bharu.

 Khabar gembira buat penyokong Pakatan Rakyat apabila Umno Shah Alam menerima tamparan hebat susulan daripada pengumuman Zulkifli Noordin sebagai calon BN semalam.

 Dipercayai setakat ini, sekurang-kurangnya tiga bilik gerakan Umno sudah ditutup sejurus mengetahui Zulkifli dipilih untuk menentang bekas penyandang, Khalid Samad dari PAS.

 "Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

 Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

 "Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

 "Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," kata Khalid.

 Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

 Khabar kurang baik lagi buat Umno apabila BEKAS calon parlimen Tasek Gelugor, Shariff Omar akan bertanding sebagai calon bebas menentang calon Umno dan calon PAS, Abdul Rahman Maidin.

 Janji BEKAS perdana menteri, Abdullah Badawi untuk memberi peluang kepada BEKAS penyandang yang digugurkan, Nor Mohamed Yakcop bertanding hanya setakat dua penggal nampaknya tidak ditunaikan.

 Sebaliknya Umno memilih ketua Umno bahagian, Shahbudin Yahya sebagai calon menyebabkan Shariff berang dan mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas malam tadi.

 Ini pasti memberi peluang cerah kepada calon Pakatan Rakyat, Abdul Rahman untuk menang di kubu kuat Umno itu kerana undi kepada BN sudah pasti akan terpecah dua ekoran keputusan drastik Shariff.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List