MUKHRIZ MULA TUNJUK KUKU BESI...?

on May 21, 2013





Nak berkawan lagu mana MUKHRIZ oi.. awai-awai lagi hang dah tunjuk KUKU BESI nya... Kami mintak STADIUM untuk prog. kami pun hang tak bagi.. lepas tu hang ajak kami kawan dengan hang.. Nak kira lagu mananya.... sedangkan zaman kami dulu bukan kata STADIUM, negeri nie pun kami bagi hangpa masuk siap mengata kat kami lagi tuuu....

oleh AnakKedah007

Perkukuh perpaduan majukan Kedah


Mukhriz Mahathir beramah mesra dengan seorang OKU, Abdul Razak Saidin dalam Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Jerlun, Kedah, semalam. 
 
JERLUN 19 Mei - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menyeru rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik memperkukuhkan perpaduan serta silaturahim bagi mencapai sasaran menjadikan Kedah maju.
Setelah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berakhir, beliau berkata, kini tiba masanya untuk semua pihak menghulurkan tangan persahabatan terutama di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti pembangkang.
"Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat.
"Jadi saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis kesyukuran sempena kemenangan BN pada PRU-13 yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk di Alor Biak di sini, semalam.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List