Betulkah Adun PKR neh di fitnah..?

on Jun 20, 2013



Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-api dari PKR Christina Liew merupakan warga Indonesia dari etnik Cina, yang memperolehi kerakyatan Malaysia.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Sulu Sabah Mohd Zaki Hari Susanto memberitahu panel inkuiri hari ini beliau mendengar perkara itu melalui "cakap-cakap penduduk Tawau" yang mempersoalkan mengapa hanya mereka yang berketurunan Bugis dan Sulu sahaja dikaitkan dengan gejala pemberian kad pengenalan palsu.

"Saya membangkitkan perkara ini kerana masyarakat di Tawau yang utarakannya ... kenapa hanya bangsa Bugis dan Sulu sahaja dibangkitkan dengan RCI

"Mereka berkata beliau (Christina) merupakan bangsa Cina dari Indonesia, dapat pengenalan diri dan jadi pembangkang di Sabah," dakwanya di hadapan lima panel inkuiri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.

Ditanya sama ada beliau mempunyai bukti menyokong dakwaannya itu, Zaki bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai sebarang bukti, sebaliknya ia adalah khabar angin yang disampaikan kepadanya oleh penduduk Tawau.

"Saya tidak mempunyai maklumat lain ... ini hanya kepercayaan (penduduk Tawau)," katanya.

Salah seorang daripada lima panel RCI, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu bagaimanapun berkata, tuduhan itu tidak benar kerana beliau mengenali keluarga Christina secara peribadi.

"Saya kenal keluarga Christina Liew, dia lahir di Tawau, dia memang rakyat Sabah, ibu bapanya lahir di Hong Kong.

"Semasa saya pegang jawatan OCPD Tawau, dia lahir di hospital Tawau," kata Henry.

Inkuiri berkenaan diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Zaki bagaimanapun berkata perkara itu menjadi buah mulut masyarakat Tawau.

"Tetapi kita tidak tahu jika surat lahir itu benar atau palsu," kata Zaki, yang juga bekas anggota pasukan keselamatan.

Christina yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PKR telah menewaskan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai di kerusi DUN Api-Api dalam Pilihan Raya 2013, yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Kinabalu yang dimenangi Jimmy Wong dari DAP.

Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, dengan anggaran berjumlah 889,000 yang kebanyakannya datang dari Filipina dan Indonesia.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang haram di Sabah, yang bermula Januari lalu mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya. 


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List