Pengkhianat Negara: RCI diberitahu, pendatang India jadi anggota Rela, terima BR1M

on Jun 19, 2013



Pendatang asing dari India, Peer Mohamad Kadir hari ini berkata beliau menerima kad pengenalan hanya dalam tempoh dua tahun selepas tiba di negara ini semasa berusia 24 tahun, pada tahun 1984.

Peer, 53, memberitahu Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin (RCI) Sabah selepas dua kali gagal memohon kad pengenalan, beliau memperolehi kad pengenalanpada 1986, dengan bantuan pak ciknya selepas membuat permohonan sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Marudu.

Beliau yang juga merupakan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut berkata pernah mengundi dalam lima pilihan raya termasuk beberapa pilihan raya kecil dan merupakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bernilai RM500.

"Saya diberi borang, tetapi saya tidak pandai isi ... semua pak cik saya tolong," kata Peer yang lahir di Chennai, India ketika disoal oleh pegawai RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.

"Saya diarahkan membayar duti stem sebanyak RM20, surat akuan semua ada ... pak cik uruskan," katanya lagi, yang juga tidak mempunyai sijil lahir dan data ibu bapa yang tidak lengkap di pangkalan data JPN.

Ketika disoal oleh pegawai penyiasat RCI Jamil Aripin bahawa tempat lahir sebenar dan tempat lahir yang tertera dalam kad pengenalannya juga berbeza, bekas Pegawai Perhubungan Awam Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) itu berkata beliau tidak mengetahui perkara itu dan tidak sedar bahawa beliau memperolehi kad pengenalan melalui cara yang tidak sah.

"Adakah kamu bersetuju kad pengenalan kamu diperolehi dengan cara menyalahi undang-undang?" soal Jamil.


"Saya tak dapat jawab," kata Peer, yang turut mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada Pilihan Raya 2013 lalu.

http://shalehudin.blogspot.com


Tarik balik kad pengenalan pendatang, usul ahli Parlimen BN kepada RCI


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List