Rakyat Malaysia Negara Maju...?

on Aug 7, 2013



Rumah berdinding buluh tanpa air tanpa elektrik
Alhamdulllah program JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang bulan Ramadhan di daerah Baling, Kedah pada hari Sabtu minggu  ke-2  dan ke-3 Ramadhan yang turut merangkumi daerah Sik dan Kulim Bandar Bharu berlansung dengan lancarnya seperti yang dirancang.

 (Barisan konvoi 40-50 buah kenderaan membelah gerimis pagi, memecah kesunyian desa pedalaman di kawasan kaki Banjaran Bintang dalam daerah Baling)

Oleh kerana ramai sangat yang minat nak lihat rumah berdinding buluh dan juga attap rumbia, maka antara stop kami yang terawal ialah di kedua buah rumah yg berkenaan.

 (Rumah berdinding buluh tanpa air tanpa elektrik – bersama tuan rumah dan Dr Subri berbaju merah, Timb Rektor UiTM Pulau Pinang)

 (Atap Zink – untuk menadah AIR HUJAN)

(Rumah anaknya yang bersebelahan, atap rumbia – juga tanpa air dan bekalan letrik)


 (Saya pun tak pasti apa yang saya cakap dari atas jeep ini – sedikit emosi rasanya)

Tak silap ingatan saya, ada saya ceritakan kisah di beberapa siri Jln-Jln Masuk Kg yg lepas, kami sering disergah oleh JKKK dan pihak berkuasa kampung sebab dikatakan masuk kg orang main serbu saja tak minta kebenaran; tapi dalam kes ini, JKKK sendiri yang mai tunjukkan rumah ini kat kami.

JKKK itu kata “Saya dah bawa kes depa ini dua kali dah ke atas, naik turun naik turun, tak larat dah – hangpa try la pulak!”.

Kesian, dah 6 tahun rumah ini tak dak letrik – kalau ada org atas TNB yg baca blog ini, boleh kot pi tolong tengok sat.

Bercakap pasal JKKK dan politik ini, minggu sebelumnya waktu JJMK di sempadan Baling/Sik, ada sahabat post dalam FB gambar majlis serahan sumbangan barangan di rumah yang kebetulan berbendera BN, ada sahabat FB Wargakilang yang sedikit kurang senang, depa kata seeloknya Wargakilang buatlah bendera sendiri.

(Musim-musim raya ini bendera pun boleh jadi isu)


 (So, untuk JJMK minggu depannya, kami usung bawa bendera oren WARGAKILANG)

Bendera ini sebenarnya hanyalah sebuah perlambangan perjuangan kami di NGO WARGAKILANG ini yg sejak dulu lagi fungsinya hanyalah jadi posmen, tukang angkut barang, tukang tunjuk jalan dan tukang habag cerita kisah2 kemiskinan yang melata di seluruh pelusuk negara ini; siapa nak tolong sila pi sendiri atau pun pi buat follow up visit selepas ikut JJMK kami. Sebetulnya, banyak sebenarnya kisah realiti hidup org miskin dan susah yg terlindung daripada hijab kita semua selama ini.

Ada orang kampung yg sampai hari ini masih pakai jamban semula jadi.

(Ada berbagai jenis jamban semulajadi, ini jamban semula jadi di rumah Makcik Jaharah, Kg Ulu Bakai)

 Usia sudah pun lewat 60an, tapi tuan rumah ini belum pernah mendapat nikmat sebuah jamban/tandas yang sempurna.

(Jamban baru sedang dlm pembinaan – hasil usaha rakan2 di WK dengan dana sumbangan kakitangan UiTM P.Pinang)


 (Ini pula adalah rumah Melayu zaman P.Ramlee – di Kg Ulu Legong, Baling Kedah)


(Jangan duk ingat sudah tak ada dah org guna dapur kayu di zaman Facebook ini)


(Tau ke pa benda ini? – orang Baling panggil Coghang untuk kukur/parut kelapa)

Benda-benda ini tak keluar TV, cuma kalau kita turun mai baru boleh nampak dengan mata kepala sendiri.

Menyedari bahawa rata-rata yang turun bersama kami itu nak merasai suasana kampung yang betul-betul jauh ke dalam nak lihat realiti hidup masyarakat yg hidup nun jauh ke pedalaman, maka antara rumah yang kami kunjungi ialah sebuah rumah nun jauh ke dalam sekali, kata orang baling hat paling “Suk” sekali.

(Mengalir ke halaman rumah ini ialah air jernih dari kaki bukit berdekatan seperti lata di pusat peranginan)

(Bergambar ramai-ramai di hadapan rumah Abang Non)

Abang Non seorang Bapa Tunggal, bekerja kampung, yang baru kematian isterinya kerana serangan barah tulang; tinggal bersama 3 orang anaknya yang masih bersekolah dan ibunya yang sudah berusia.

(Mantan YDP Wargakilang, Sdra Warikh bersama Emak Abang Non. Seronok sekali Makcik ini dengan kunjungan kami – jelas kelihatan sengihnya sampai ke telinga)

Ya, memang beliau seronok sungguh dengan kedatangan kami sebab tinggal di hujung-hujung kg di kaki hutan ini hanya sesekali tetamu bertandang. Saya tak lupa bila Makcik ini meriwayatkan kpd kami kisah beliau dan arwah suaminya meneroka kawasan hutan ini untuk dibuat rumah – suasana biasa bagi beliau waktu itu bila dengar ngauman Harimau membaham babi hutan di kawasan rimba berdekatan.

(Sempit sungguh jalan masuk ke kampung ini, kereta Harrier seorang rakan kami terbabas masuk ke parit tepi jalan)

 Dari paparan di FB rakan-rakan yg turut serta, saya melihat JJMK kali ini banyak membuahkan kisah2 sedih dan curahan air mata penerima.

(Kak Hasnah dari Kg Ulu Tawar cuba menahan sebak - bila saya meriwayatkan kisah hidup beliau - 2 drpd 3 org anak-anaknya tak bersekolah sebab kemiskinan, apatah lagi beliau sendiri hanya bergantung kpd bantuan JKM RM150 sebulan dan dlm keadaan uzur, jalan pun berpapah kerana masalah kesihatan)

Ini pula kisah satu keluarga yang kami ter-berjumpa kembali secara tak sengaja setelah kunjungan akhir kami ke kawasan ini hampir 7 tahun yang lalu. Waktu itu kami di Wargakilang dihubungi oleh Kak Ani, pegawai bahagian Unit Khidmat Sosial Hospital Kulim mohon kerjasama NGO bantu keluarga Pn Halifah ini.
(Gambar 7 tahun lepas: Kakak ini baru melahirkan anak tapi tak mampu menyusukan bayinya dgn susu badan kerana masalah kesihatan. Anaknya yang kedua pula ada kecacatan di bahagian dagu)

Kak Ani cerita, sekali itu bila beliau dan attendan hospital mai melawat rumah Pn Halifah yang jauh ke dalam ini, dari kaki bukit itu lagi mereka boleh dengar suara bayi menangis, makin dekat makin kuat. Rupa-rupanya sebab budak itu lapar susu tapi susu tak ada. Kak Ani kata dia tak tau nak buat apa, kesian kat budak itu, tiba-tiba Kak Ani nampak saki baki susu abang si bayi ini, yg minum susu timbang beli kilo dalam cawan, adalah dua tiga titik tinggal. Kak Ani ambik sudu kecik, kaut susu itu dan bagi bayi itu minum. Kak Ani habag, dia rasa nak menitis air mata bila lihat si bayi itu tercungap-cungap hisap susu dlm sudu kecil itu tak tinggal sisa. Bila Kak Ani tarik sudu itu, si bayi ini secara otomatik genggam kuat2 sudu itu, pegang kuat-kuat, tak mau bagi lepas sebab terlalu lapar.

Kemudian dari itu, kami di WK diketuai oleh sdra Wahab melancarkan program susu untuk anak-anak Pn Halifah ini. Hasilnya si anak kecil itu yg kini berusia 7 tahun nampak sihat, cuma abangnya yg kami lihat ada sedikit kecacatan sewaktu kecil kini semakin teruk.

(Pn Halifah tidak dapat menahan rasa sebab sebaik-baik saja menerima sumbangan)

(Tanpa segan-silu beliau terus menangis teresak-esak di khalayak ramai. Semua yang melihat merasa sayu dan hiba – ramai yg menitiskan airmata)

Di lokasi yang lain pula adegan yang hampir sama berulang semula. Bila saya cerita kpd semua yg hadir kisah duka hidup Pn Radziah Muin dari Kg Badang, seorang ibu tunggal yg kematian suami, menyara hidup dua orang anaknya yg masih kecil dengan ZERO Income, tanpa apa-apa punca pendapatan, hanya sanya mengharapkan simpati saudara jiran dan rakan-rakan; berebut-rebut peserta konvoi mai hulur duit raya, zakat dan sedekah.

(Pn Radziah tidak dapat menahan rasa sebak di dada melihat rezeki dari langit yang mencurah turun secara tiba-tiba)

Mungkin adegan air mata yang begitu terkesan kpd kami AJK Wargakilang tapi tak ramai peserta konvoi yg perasan ialah sewaktu kunjungan ke rumah Puan Zalina, Ibu tunggal anak 8 di Kg Baru Siong Baling Kedah yg kematian suami hampir 6 bulan yg lepas.

(Potret sebuah keluarga ibu tunggal: Pn Zalina bersama 7 drpd 8 org anak-anaknya, kebanyakan anaknya ini bersekolah di sekolah agama/pondok)

(Lebih 50 buah kenderaan dan hampir 200 peserta konvoi memenuhi setiap ruang sudut di halaman rumah beliau)

(Pn Zalina, asal org Terengganu kini tinggal “keseorangan” tanpa suami di rantau orang, bersama anak-anak nun jauh di Baling, Kedah cuba sedaya upaya tidak mahu menitiskan air mata di hadapan anak-anaknya ini)

Di suatu penjuru di tepi rumahnya, sdra Wahab AJK Wargakilang melihat seorang Makcik sedang teresak-esak menangis semahu-mahunya.

(Kami diberitahu kemudiannya bahawa Makcik ini adalah ialah Ibu Mertua kepada Puan Zalina)

Tak pasti pula kenapa beliau menangis begitu emosi, mungkin teringat arwah anaknya – kali terakhir orang mai ramai macam ini ialah waktu jenazahnya anaknya di bawa pergi.

Bagi saya pula, kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah tatkala dipeluk oleh pakcik, tuan rumah berdinding buluh di Kg Selarong.

(Sebahagian peserta yang hadir dan tuan rumah bergambar kenangan)


(Hampir menitis air mata jantan saya ini bila mana dalam keadaan air matanya yg deras mengalir, pakcik ini berulang-ulang kali menyatakan rasa terima kasih yg tidak terhingga di atas kunjungan kami.)

Saya pun tak tau nak kata apa; pengalaman yg sebeginilah yang menambahkan lagi iltizam kami untuk meneruskan kerja buat kerja amal kami di Wargakilang ini.

(8 orang penerima di Kg Ulu Bakai terkejut tak sangka dengan sumbangan brg-brg yang begitu banyak sekali – depa duk ingatkan beras sekampit seorang saja)

(Walaupun saya dan rakan-rakan AJK Wargakilang tersadai keletihan, pancit dan kelesuan di penghujung program Jln-Jln Masuk Kg di bulan Ramadhan ini, tetapi semua pengalaman dan kenangan yang diperolehi akan menjadi tazkirah hidup yang berguna sampai bila-bila)

Sebenarnya apa yg kami buat ini hanyalah sedikit saja; orang alim cerita di Akhirat kelak kita akan menyesal bila tengok hasil pahala sumbangan barang-barang yang kita bagi itu; kalau kita tau begitu besarnya pahala yg kita dapat, beras 3 kampit yang kita bagi itu kalau kita dihidupkan semula kita akan bawa mai berjuta-juta kampit!

Akhir kata, terima kasih kpd semua yang terlibat dlm menjayakan program ini terutamanya kepada Pak Long dan team Marshal bermotornya, terima kasih di atas bantuan dan kerjasama rakan-rakan sekelian. Moga kerjabuat kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini akan diganjarkan dengan balasan pahala yang berlipat-lipat kali ganda hendaknya.

Terima Kasih.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List