Adun PAS gesa mesyuarat segera, sokong Pakatan tolak Khalid

on Aug 14, 2014




Adun PAS Saari Sungib menggesa agar PAS Pusat menyegerakan mesyuarat 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini.
"PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan PR," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar PR kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan.
Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka.
"Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama.
"Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan," katanya.
"PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah.
"Kita nampak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka mereka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya.
PKR dan DAP menyifatkan pemecatan 6 exco berkenenaan sebagai tidak adil, serta merayu 4 exco PAS supaya tidak menghadiri mesyuarat esok.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, partinya membantah tindakan menteri besar Selangor penggal kedua yang mereka gugurkan keahliannya pada Sabtu.
"Kami PKR membantah tindakan tidak beretika ini," kata Anwar pada sidang media bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas-bekas exco Selangor yang baru dipecat di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Saari berkata, pendapatnya itu juga sudah disampaikan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad yang juga exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar.
"Perkara ini 'straight forward', tetapi kenapa kita seperti menanti keputusan yang begitu besar?" soalnya.
PAS memutuskan untuk mengadakan mesyuarat pada Ahad depan bagi memutuskan keputusan mereka sama ada kekal memilih Khalid sebagai menteri besar Selangor atau bersetuju dengan rakan PR mereka melantk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi menggantikan Khalid.
Saari berkata, beliau juga maklum terdapatnya keceenderungan daripada ahli PAS untuk keluar gabungan pembangkang berkenaan, namun berkata perkara itu masih lagi belum "disampaikan secara zahirnya."
"Tetapi pendapat sedemikian masih lagi belum menjadi dominan, namun isu perkauman paling mudah menangkap emosi rakyat Malaysia.
"PAS perlu menyelesaikan perkara ini dengan segera," katanya.
Ketika ditanya berkenaan pemimpin PKR seperti Pengarah Strateginya Rafizi Ramli yang secara terbuka mengkritik PAS, beliau berkata:"Mereka mengikut emosi."
"Kita harapkan mereka yang sudah matang menjadi semakin matang," katanya.
Beliau turut menyuarakan rasa khuatir sekiranya PAS mengambil pendirian meninggalkan PR, PAS akan kehilangan pengundi bandar yang selama ini sukar untuk menyokong mereka.
"Jika kita keluar PR kita yang akan rugi.
"Untuk menarik pengundi bandar, kita memerlukan tempoh masa yang lama," katanya.
- See more at: http://tinyurl.com/o3klwnf

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List