Kini kerja-kerja Pas untuk mempertahankan Khalid sudah pun berakhir......!

on Aug 10, 2014




Analisis Berita

Apabila PKR telah menggunakan kuasa perlembagaan yang ada kepadanya untuk memecat Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, Pas sudah tidak ada hak lagi untuk mempertahankan Khalid dalam konteks dia ada hubungan dengan Pakatan Rakyat. Khalid kini bukan lagi waraga Pakatan Rakyat. Dia adalah ahli bebas yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti. Posisi Khalid dari segi politik dengan Pas samalah dengan kedudukan Inchek Ibrahim Ali di Pasir Mas.

Bagi orang yang berfikir secara logik dan menghormati perlembagaan dan undang-undang pertubuhan tidak akan memperdulikan lagi kepada Khalid. Hak dan tanggungjawab itu sudah tidak ada. Sebahagian pimpinan Pas sebelum ini mempertahankan Khalid. Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas sampai membuat mesyuarat di Kota Bharu untuk mempertahankan Khalid.

Sebelum mesyuarat, Presiden Pas telah membelakangkan keputusan konsensus majlis presiden mengumumkan sokongan terbuka kepada Khalid. Ia diturut bantu oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz juga mempertahankan Khalid.

Kini kerja-kerja Pas untuk mempertahankan Khalid sudah pun berakhir. Seperti dikatakan tadi dari sudut peraturan sebuah organisasi Khalid tidak ada kaitan apa-apa dengan Pas. Mungkin atas sifat manusia (kawan atau jiran) mungkin orang Pas boleh bersimpati kepadanya tetapi bukan dalam konteks politik.

Tanggungjawab dan fungsi berorganiasi ini patut difahami oleh semua orang. Jangan ada kekeliruan pula ada yang mengatakan pemecatan Khalid itu sebagai satu kezaliman. Kepada sesetengah penyokong Pas yang menyayangi Khalid  mungkin kerana termakan buah tangan perlu faham hakikat ini. Tidak apa-apa kezaliman atas pemecatan itu melainkan ia proses politik yang biasa sahaja.

Semasa Hassan Akidah (Hasan Ahli) dipecat oleh Pas satu masa dahulu, apakah ada mana-mana pihak daripada PKR atau DAP mempertikaikan tindakan Pas memecat Hasan Akidah itu. Walhal pemecatan Hasan Akidah itu dibantah oleh segelitir ahli Pas. Mereka menganggap pemecatan itu sebagai tidak adil dan zalim.

Tetapi tidak ada mana-mana pemimpin PKR mempertikaikan tindakan Pas itu. Kenapa? Sebabnya mereka memahami bahawa urusan memecat Hasan sebagai ahli Pas itu adalah sebagai hak mutlak Pas. Rakan Pas perlu menghormati keputusan Pas itu sebagai urusan rumah tangganya walaupun Hasan itu adalah rakan karib mereka. Kenapa pula bila PKR pecat Khalid ada orang Pas yang iseng mempertahankan Khalid? Dimanakah logik dan asasnya?

Mereka yang bersolat hajat di rumah Khalid kerana mempertahankan Khalid juga wajar menghentikan tindakan mereka. Tindakan mereka membela dan mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi. Bahkan tindakan itu diketertawakan kerana ia satu aksi politik yang dangkal.

Macam kedudukan Hasan Akidah sebagai Exco dahulu, ramai yang sayang dengan kedudukan itu dan mahukan Hasan kekal. Tetapi peraturan dan amalan dalam parti menyebabkan beliau terpaksa berundur sebagai Exco kerajaan apabila sudah tidak mewakili mana-mana parti politik. Dalam kes seumpama ini Hasan lebih bermaruah daripada Khalid, kalau Khalid tidak memunggah barang-barangannya di pejabat MB Exco.

Dan Pas sendiri terpaksa mengambil keputusan memedihkan itu apabila Hasan telah melanggar peraturan parti. Nah begitu jugalah tindakan PKR dalam kasus Khalid itu.

Lainlah kalau Khalid akan memohon menyertai Pas esok dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas. Maka orang-orang Pas termasuk mereka yang bersolat hajat boleh terus berkubu di rumah Khalid bersolat hajat, bermunajat dan berzikir meminta proses pengekalkan Khalid sebagai MB atas tikit Pas dikekalkan. Apakah Khalid sudah masuk Pas. Abdul Hadi pun dilaporkan ada memberi jaminan kepada Khalid.

Masa tinggal beberapa jam lagi. Mungkin perbincangan mendalam sedang dilakukan ke mana Khalid hendak pergi selepas ini. Sertai Pas atau berjumpa Sultan minta dibubarkan DUN. Mungkin bagi mereka yang waras akan bertanya apakah Pas sedia menerima Khalid sebagai ahli partinya kemudian kekal sebagai MB?

Apakah tindakan Pas itu sebagai bukan pengkhinatan kepada PKR. Kalau Pas menerima Khalid sebagai anggota partinya, ini bermakna Pas telah menghunuskan pedang perang salid kepada Pas. Saya tidak fikir PKR reda dan sedia menerima hakikat itu. Sebagai janda yang masih belum habis edah PKR tidak sanggup untuk melihat Khalid tidur bersama suami barunya, Pas.

Jika ini juga berlaku Khalid belum tentu selamat. Suka atau tidak, berjaya atau tidak Khalid akan berdepan dengan undi tidak percaya di DUN Selangor. Impilikasi dan risiko ini seharusnya dikaji dengan teliti oleh Pas. Jangan pula Pas menjadi lebai malang yang dikejar tidak dapat yang dicicir tidak kedapatan.

Sokongan moral yang diberikan Pas kepada Khalid sebelum ini sudah cukup untuk menyakit hati PKR dan mengilankan hati DAP. Pas harus bertindak bijaksana menjaga keutuhan persepakatan. Lainlah kalau Pas sudah membuat keputusan akan berpisah dengan PKR dan DAP dan meninggalkan Pakatan Rakyat kerana untuk bersama BN.

Kalau Pas mengambil keputusan meninggal Pakatan Rakyat dan kembali bersatu sekali lagi dengan Umno menerus BN, tindakan ini juga tidak boleh disalahkan Pas. Ia adalah keputusan Pas secara mutlak. PKR dan DAP tidak boleh memberi apa-apa nasihat atau pun ugutan kepada Pas. Atas politik itu sendiri bukan sesuatu yang qadim ia boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Boleh jadi juga selepas ini Pas berpecah dua menyebabkan akan wujud fraksi baru dalam Pas yang akan membentuk sebuah parti baru?

Kita sedang meneliti hal ini dari jam ke jam. Waktu ini semua pihak penting dalam ketiga-tiga parti itu Pakatan Rakyat sibuk dan sedang rapat mencari solusi terbaik. [wm.kl.12:06 10/08/14]

dari MSO
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List