Lee Chong Wei: Siapakah Petualang Itu?

on Nov 11, 2014



Lee_Chong_Wei2_1847692c


Soalan cabul: Adakah Lee Chong Wai dimangsakan? Mungkinkah ada kaitan politik yang ingin jatuhkan BAM dan Khairy Jamaluddin?


PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini menyatakan bahawa mereka akan tetap berdiri teguh di belakang Datuk Lee Chong Wei walaupun beliau disahkan positif dalam ujian antidoping. 

Ketua Pemuda DPPWP, Ir.Khairil Nizam Khirudin berkata pihaknya akan menyokong segala usaha demi memastikan nama beliau (Chong Wei) dibersihkan terus menjadi wira dan ikon tanah air dalam bidang sukan. “Ianya bukan sahaja mengaibkan negara malah turut memberi kesan kepada mental, maruah dan reputasi Chong Wei. 

Bahkan dalam pengakuan beliau kelmarin, beliau menegaskan bahawa tidak pernah menggunakan bahan terlarang itu dalam sebarang kejuaraan yang disertainya,” katanya. Tambahnya, DPPWP juga memohon jasa baik pihak yang bertanggungjawab seperti pihak kerajaan dan BAM untuk menyiasat latar belakang kejadian ini bagi menyelesaikan kes tersebut tanpa membuat sebarang spekulasi negatif terhadap Chong Wei.

 “Chong Wei telah beraksi atas pentas badminton di dalam mahupun di luar negara lebih seratus kali sepanjang karier beliau dan tidak mempunyai sebarang masalah dalam ujian doping yang diadakan. 

“Tiba-tiba, negara dikejutkan dengan kegagalan ujian doping Chong Wei,” ujarnya. Dalam pada itu beliau juga berharap, tidak ada pihak yang saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain dan mejadikan ia sebagai iktibar dalam mencari punca sebenar insiden ini berlaku. Pada masa sama, Khairil Nizam juga yakin insiden ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada atlet negara lain yang sememangnya jujur dalam memartabatkan dan mengharumkan nama negara. 

Pihak yang berkenaan seharusnya sentiasa menjaga kebajikan atlet bagi menggelakkan perkara sama berulang.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List