' Kenapa Saya Sering Tertidur...! ' ..... Pak Lah

on Aug 7, 2013




Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar), yang sering dikritik kerana kerap tertidur menjelaskan alasan beliau terlelap ketika bertugas.

Dalam buku terbarunya: Awekening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu mendedahkan beliau menghidapi masalah kesihatan "sleep apnea."

Pengganti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003 itu berkata lagi, beliau juga telah mendapatkan rawatan kesihatan semasa isterinya ketika itu Datin Seri Endon Mahmood mengetengahkan masalah tersebut.

"Saya berjumpa rakan baik saya, Dr Balvinder di Hospital Putrajaya yang mencadangkan kajian dilakukan ke atas saya," katanya dalam bukunya itu.

Abdullah turut berkata penyakitnya adalah berbahaya memandangkan penghidapnya boleh terlelap ketika memandu.

"Doktor kata saya perlu serius, jadi saya ke Australia (pada 2007) untuk membuang polyps dalam hidung saya yang menyebabkan kesukaran bernafas," katanya.

Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.

"Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," katanya dalam buku berkenaan.

"Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu." Dr Mahathir melantik Abdullah sebagai penggantinya, namun Barisan Nasional (BN) tewas dua pertiga Parlimen pada Pilihan Raya 2008, yang kemudiannya menyaksikan Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara.

Dr Mahathir juga sering mengecam Abdullah ketika penggantinya itu mentadbir kerana membiarkan menantunya, Khairy Jamaluddin dan sekutunya di "tingkat empat", mengacau bilaukan negara.




Photobucket

Bodoh, Bangang dan Bongkak...!

on


Ketua Pengarah 
Dato’ Norani binti Hj. Mohd Hashim 


Aku terima maklumat seperti dibawah ini. Adakah ini benar? (Tulisan merah aku punya ayat)

1. Semenjak menjadi KP JKM beliau sangat cerewet dalam semua aspek antara contohnya

a) Apabila mesyuarat, memang makan/minum disediakan. Jika cawan/pinggan yang bukan kaca beliau tidak akan makan/minum. Ada beberapa kali perkara ini berlaku dan beliau tak akan makan dan minum.

b) Semuanya perlu dihidang/ada tempat khas untuk beliau makan. Tidak kira lah apa dalam apa jua program sama ada berbentuk kecil/besar. PA beliau Puan Ainon juga merungut, kalau hendak hidang air setiap pagi kepada beliau, perlulah gelas yg berlapik. Dulang juga perlu berlapik.

2. Beliau bujang dan tidak pernah berkahwin. Jadi beliau tidak concern dengan nilai masa bersama keluarga terhadap pegawai dan kakitangan. Yang paling terasa Puan Ainon (PA) serta Puan Reza Solibun (Pegawai Khas). Kesannya, ada yang bergaduh dengan suami/isteri. Tiada masa yang berkualiti bersama keluarga dan hanya mengutamakan kerja. Sebagai KP JKM, seharusnya beliau perlu mengimbangi di antara menjaga kebajikan masyarakat dan kebajikan pegawai dan kakitangan beliau sendiri. Jangan terlalu berlebih lebih dengan kerja, kelak musibah akan datang kepada organisasi mahupon individu di dalam JKM.

3. Tiada lagi panggilan “Kak Ani” oleh sahabat sahabat rapat/kenalan. Perlu memanggil Dato’ Norani. Semasa menjadi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), beliau tidak kisah jika dioanggil “Kak Ani”

4. Sepanjang menjadi KP JKM, beliau tidak pernah turun ke setiap Bahagian (aras 6-18) untuk beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan. Sekarang ini, semua pegawai dan kakitangan berasa jauh dan terasa jurang di antara KP dengan org bawahan.

Beliau perlu mendalami dan selami kembali apa itu maksud “ KEPIMPINAN MELALUI TELADAN”

KSU
Dato’ Seri Noorul Ainur binti Mohd Noor

Ada lagi satu kes! KSU jugak tak terkecuali. Adakah dakwaan dibawah ini juga benar atau fitnah? Ceciter...

1. Beliau tidak nampak seorang yang mesra rakyat.

2. Kalau beliau marah, sentiasa keluar perkataan yang kesat : bodoh, bangang, tolol kepada pegawai.

3. Apa salahnya untuk tegur secara berhemah, kerana ianya melambangkan keperibadiaan.

4. Sangat suka akan program-program yang bersifat glamour. Setakat ini program2 kementerian wanita, keluarga dan masyarakat mahupon agensi-agensi di bawahnya semuanya berbelanja besar. Setakat ini yang paling mahal (kalau tak salah) Hari warga Emas 2012 di Palace of The Golden Horses sebanyak RM1.2 juta.

5. Kementerian Kewangan pernah menggelarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai Kementerian yang larvish.

6. Orang kesayangan beliau ialah Puan Shifa dan Puan Elis. Walaupon mereka memberi nasihat yang salah terhadap sesuatu perkara mereka tidak akan menerima kesan. Baru-baru ini Program Berbuka Puasa Bersama Media di Dewan Perdana Felda, Menteri hanya mahu dalam 500-600 orang shj. Tetapi atas desakan Unit Komunikasi Korporat di mana pada tahun lepas2, 1000 orang media dijemput. Kesannya: separuh dewan kosong dan mungkin membazir dari segi makanan.

7. Ramai orang di kementerian mendoakan beliau keluar dari kementerian dan digantikan dengan orang benar2 dekat dengan jiwa masyarakat. Kerana beliau sudah terlalu lama di kementerian wanita, keluarga dan masyarakat dan berada dalam zon yang sangat selesa. 

8. Mohon KSN (klik) jenguk2 lah...

9. Program1Azam perlulah dinilai semula. Sejauh mana keberkesanan program tersebut. Banyak pihak merungut, barang2 yang dihantar tidak berkualiti dan mahal pulak pakejnya. Kalau dilihat pada barang2 tersebut tak sampai dengan harga yang dikatakan.

10. Selain daripada itu, sejauh mana program ini mampu untuk para peserta keluar daripada kepompong kemiskinan? Jika tidak, wajar program ini dinilai semula oleh KSU, Kementerian Kewangan, PM serta KSN....

 KSU (kiri sekali) dan KP (kanan sekali)

Kak Ani, enjin kalau dah lama tak start kena overhall balik. Orang dah tak suka tu sendiri mau ingat lah!. Kalau nak order kek lapis, saya bleh supply. Tak kan balik-balik orang tu jer. Agak-agak aarr.


 Syed Abdullah Al-Attas


Dakwat Kekal Boleh Guna Di Hari Raya...!

on






Rupa-rupanya dakwat kekal ini bukannya berguna pada pilihanraya sahaja, tetapi ia berguna pada Hari Raya Puasa juga. Kalau semasa pilihanraya dakwat kekal digunakan untuk mengelak sesiapa dari mengundi dua kali, semasa hari raya pula ia digunakan untuk mengelak kanak-kanak datang menuntut duit raya berulang kali.

Jadi kepada pemimpin PKR, ingat dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang baik semasa pilihanraya tetapi juga semasa pilihanraya. 

Kalau tidak berpuas hati penggunaan dakwat kekal semasa pilihanraya gunakanlah semasa Hari Raya. Kepada pemimpin UMNO pula dakwat ini boleh digunakan untuk mempastikan penyokong yang ramai-ramai itu tidak meminta duit raya berulang kali.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Salah Silap, dan pada sesiapa yang ramai anak-anak saudara dan cucu saudara itu jangan lupa untuk membawa balik kampung bersama dengan dakwat kekal. ~harakahdaily

Photobucket

Kalau saya ikutkan kemahuan Mahathir, Malaysia mungkin sudah muflis sekarang...! - Pak Lah

on




Dianggap sebagai "Mr Clean", beliau dipilih sebagai pengganti Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, hubungan mereka bertukar sebaliknya. Ini berkaitan isu menantu dan penasihatnya, yang dikenali "budak tingkat empat".

Bimbang legasinya terjejas, Mahathir kemudian memulakan genderang perang dan mula mengkritik kepimpinan Abdullah, yang dilihatnya sebagai pemimpin yang lemah.

Dan selepas kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan sokongan pada BN mula retak, Mahathir memutuskan merobek kerjaya politik Abdullah.
Dalam wawancara dengan sebuah buku baru, Awakening, the Abdullah Badawi years in Malaysia, Abdullah melontarkan kenyataan pedih kepada pendahulunya, dengan menggambarkan Mahathir sebagai lelaki yang penuh kontraldiksi.

Antara lain, Abdullah (kiri) berkata, jika beliau mengikuti hasrat Mahathir dengan projek-projeknya seperti landasan berkembar RM14.5 bilion, negara ini mungkin akan muflis.

NONE"Boleh kamu bayangkan jika saya mengalah pada Mahathir dengan terus tekanan berterusan untuk berbelanja ketika defisit sudah amat tinggi, bagaimana Malaysia akan mengharungi krisis kewangan dan minyak yang kemudiannya melanda pada 2008.

"Jika tidak berhemat dan terus berbelanja, saya boleh katakan kita mungkin sudah muflis sekarang," katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam buku baru yang dijadual dilancarkan pada bulan ini.

"Saya tidak suka apa yang Mahathir buat. Saya beri peluang kepada Mahathir untuk meluahkan pandangannya. Saya pergi bertemunya tetapi dia memilih menyerang saya dan pentadbiran saya secara terbuka," tambahnya.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.



Photobucket

Kuala Besut menyimpan sebutir mutiara ...?

on Jul 16, 2013




Sebenarnya Kuala Besut menyimpan sebutir mutiara yang tidak diketahui atau sengaja dibenamkan di dalam dasar Laut China Selatan.

Kuala besut yang memiliki sejarah keilmuan Peribumi Melayu (Malay indigenous knowledge) yang tinggi itu kini hampir pupus kerana pemerintah langsung tidak peka…Langsung tidak peka.

Kuala Besut bukan semata-mata sebuah perkampungan nelayan!

Benar. Potensi Kuala Besut tidak pernah diberi perhatian dalam k-economy ala maqasid-syariah UMNO.

Gambar di atas bukan semata-mata kapal nelayan yang rosak. Tapi sebuah potensi yang terabai. Kerana apa? Kerana kerajaan Terengganu ingat menubuhkan Perwaja, membina chalet dan menganjurkan Monsoon cup itu paling hebat. 

Benar. Kuala Besut telah diabaikan dari rancangan pembangunan pada masa lalu dan tidak ada peningkatan yang ketara dalam keadaan semasa infrastruktur dan kemajuan ekonomi.

Benar. Kuala Besut juga telah tidak diambil kira sebagai sebuah pelabuhan nelayan oleh kerajaan yang menerajui projek Kemasin Semerak. 

Kerajaan Terengganu/Persekutuan gagal mengexploitasi sumber tempatan untuk menjana ekonomi penduduk tempatan.
Apa yang Kuala Besut dapat?

PEKERJA SIAM SEDANG MEMPERBAIKI KAPAL

Kapal nelayan rosak, tersadai lama menunggu untuk diperbaiki kerana tiada orang tempatan yang pandai memperbaikinya.

Kalau kapal rosak, nelayan buat apa Mat Said oi? Takkan nak suruh nelayan jadi petani atau pemandu pelancong?

BOS SIAM SEDANG MENYELIA PEKERJA SIAM MEMPERBAIKI BOT

Tiada tukang baiki kapal tempatan. Kapal yang rosak terpaksa diperbaiki oleh tukang dari Siam. Semua - dari bos sampai kepada kuli, semua orang Siam.

PAKU IMPOT DARI SIAM

Bukan hanya tiada orang tempatan yang ada kepandaian memperbaiki kapal, peralatan untuk memperbaiki bot pun kena impot dari Siam!

Sepatutnya, bila ada nelayan, tentu ada elemen sokongan berikut:
  1. Kapal. 
  2. Pembuat kapal. 
  3. Pembaik-pulih kapal. 
  4. Peniaga peralatan memperbaiki kapal.
Malangnya semua elemen bermasalah. Elemen 1 dan 2 hampir pupus. Elemen 3 pula tidak wujud. Elemen 4, kena cari di luar negara. Ini pandangan pembuat kapal di Pulau Duyung, Terengganu.

Justeru, di mana elemen sokongan untuk servis kapal dan nelayan Kuala Besut?

Itulah nasib industri perikanan Kuala Besut. Kontrak ratusan ribu memperbaiki kapal terpaksa diserahkan kepada orang Siam kerana kerajaan gagal mengenalpasti potensi tempatan bagi menjana ekonomi tempatan.

Benar. Kuala Besut memerlukan wakil yang boleh mengenal pasti isu-isu utama yang serius yang memberi kesan kepada penduduk tempatan.

Ceramah, ceramah dan ceramah tidak dapat memenuhi keperluan pembangunan lestari penduduk Kuala Besut.

Dapatkah calon PAS Azlan Yusof, atau lebih dikenali sebagai Che Long, sebagai seorang yang telah dikenali kerana kemurahan hati beliau untuk membantu penduduk tempatan dan juga sebagai 'budak' tempatan memahami isu-isu mendesak yang dihadapi oleh nelayan dan industri perikanan?

Jika menang bolehkah beliau menjadi "champion" untuk menggarap potensi tempatan bagi menangani masalah tempatan?

Sebaliknya, dapatkah Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, bekas jurutera awam JPS, Memenuhi keperluan jangka panjang penduduk Kuala Besut?  

Yang lebih penting, jangan percaya politik fitnah MP Pasir Salak. 

BERILAH PELUANG KEPADA YANG FAHAM MASALAH. BUKAN HANYA FAHAM TEORI TENTANG MASALAH.


Photobucket

MENU BARU :- Air kelapa bakar...!

on Jul 14, 2013




Air kelapa bakar Sofiyyuddin tarikan ramai
Air kelapa bakar Sofiyyuddin tarikan ramai


Percubaan kali pertama Sofiyyuddin Sarani, 28, memperkenalkan resipi baru dalam air kelapa bakar sempena Ramadan kali ini ternyata mampu membuatkannya tersenyum lebar melihat hasil yang diperoleh setiap petang.

Gabungan madu dan gula melaka dalam air kelapa bakar yang dijual membuatkan minuman itu lebih digemari dan berkhasiat.

"Saya mula jual air kelapa bakar lima bulan lalu tetapi sambutan sebelum ini agak hambar, satu hari dua atau tiga biji saja boleh jual.

"Alhamdulillah, Ramadan ini rezeki saya berlipat kali ganda, ramai pula yang gemar berbuka dengan air kelapa bakar," katanya.

Kata Sofiyyuddin, pada awalnya pelanggan berkunjung ke gerainya untuk membeli air kelapa biasa, tetapi apabila diperkenalkan dengan kelapa bakar mereka mula membelinya untuk mencuba.

“Air dan isinya lebih sedap daripada kelapa biasa, bahkan mempunyai pelbagai khasiat termasuk mampu mengurangkan kadar kolesterol, menambah tenaga, melegakan sakit pinggang dan badan,” katanya ketika ditemui di gerai kelapa bakarnya di Permatang Badak, di sini.

Katanya, dia mengetahui keistimewaan kelapa bakar daripada rakannya dan selepas beberapa kali mencuba akhirnya berjaya menghasilkan kelapa bakar dengan baik dan enak.

"Saya buka gerai jam 4 petang setiap hari kerana untuk membakar kelapa sehingga masak memerlukan masa agak lama,” katanya.

Segelas air kelapa bakar dijual dengan harga RM2.




Photobucket

Pangkalan Terapung Tentera Udara Diraja Malaysia di Pulau Layang-Layang

on Jul 13, 2013





Projek pangkalan Tentera Udara terapung di Pulau Layang-Layang.




Kedudukan pulau Layang-Layang

Pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu.

Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas sejak kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan.

"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.

"Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik," kata beliau.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.


F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir arahkan terumbu ni ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi. Panjang landasan sekitar 1300 meter.

DIINTIP KAPAL SELAM ASING

Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.

Lt Khairulislah berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan itu.

Beliau berkata setiap bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.

Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata mereka di sini 'kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah terakhir'.

Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.

Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly?


KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY

Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.

China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.




Binaan konkrit 3 tingkat milik China

Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.

Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.

Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.


STRATEGI MALAYSIA

Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau.

Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly.

Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.

Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.

Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.

Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.

Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina sehinggalah ke Sabah.

p/s Jarak operasi pesawat Sukhoi 30-MkM memang jauh berbanding pesawat tempur yang lain.


sumber
Photobucket

SPR Ternoda Teruk Dibawah Aziz dan Wan Ahmad...!

on Jul 10, 2013



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa dibawah pimpinan Rashid Abdul Rahman menjadi pengerusi sebelum timbalan dan setiausaha  saya mengira ia adalah era hitam untuk badan bebas itu. Kerana banyak tindakan Rashid Ahmad jelas berat sebelah. Adakalanya kenyataan dan kata-kata beliau sendiri sebagai mewakili UBN.

Semasa di Aceh sewaktu memantau Pemilu daerah berkenaan saya pernah duduk semeja dengan beliau di sebuah hotel. Bagaimana waktu Rashid nekad untuk memastikan Lim Kit Siang dan beberapa tokoh DAP lain akan kalah dalam pilihan raya pada tahun 2004.

Saya terkejut dengan pernyataan atau nekad Rashid itu lantas saya tidak dapat mengunci mulut dan bertanya; macam mana Datuk boleh melakukannya. Katanya; kita ada cara tersendiri, lihatlah nanti.

Jawaban dan penjelasan itu menyebabkan saya merasakan betapa buruknya SPR dibawah beliau. Saya tidak fikir dia boleh mengeluarkan kata-kata bersifat rahsia itu kepada umum sehingga masuk ke dalam telinga saya. Tetapi itulah yang berlaku.


Kesannya saya tidak mempercayai bahawa SPR sebuah badan bebas yang adil, telus dan bersih. Impaknya juga saya membenci kepada bekas pengerusi berkenaan kerana tidak amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan yang dipikulnya.

Begitu pun betapa buruk SPR di bawah Rahsid tetapi tidaklah pula sampai badan bebas itu sampai dikecam hangat oleh rakyat. Rakyat tidak berarak dan berkumpul menyatakan marah kepada SPR dan Rashid. Marah hanya dilepaskan dalam kritikan dan keluhan yang hanyut diangin lalu sahaja.

Tetapi sebaik sahaja SPR ditinggalkan oleh beliau dan diambil alih oleh Mohd Aziz Yusuf, kemarahan dan kebencian rakyat kepada SPR begitu menjadi-jadi sekali. Rakyat naik darah dengan SPR. Rakyat sanggup turun beramai-ramai berhimpun menunjukkan perasaan. Bermula dari himpunan Bersih 1.0 membawa kepada Bersih 2.0 dan Bersih 3.0serta kepada himpunan Black505 adalah manifestasi kemarahan dan kebencian kepada SPR.

Apakah yang dapat diterjemahkan dari berlaku semua kecaman dan kutukan itu kepada SPR dan Aziz. Ini bermakna betapa buruknya pengendali pilihan raya itu dan SPR dibawah Aziz sudah tidak mempunyai integriti lagi.

SPR dibawah Aziz dengan dibantu secara utuh oleh Wan Ahmad Wan Omar bukan saja dikutuk dan diludah oleh rakyat dan menjadi seteru 'emak anak' oleh pembangkang, tetapi SPR juga pertama kali sudah dimasuki oleh SPRM. Belum pernah sebelum ini sebuah suruhanjaya bebas yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong itu tetapi disiasat oleh SPRM dalam pembelian dakwat kekal yang meragukan.

Walaupun siasatan itu tidak menunjukkan SPR cemar, kotor dan rasuah tetapi ia memberi persepsi buruk kepada badan bebas berkenaan. Apa yang berlaku ini satu kemalangan besar kepada SPR.

Siasatan oleh SPRM ke atas badan bebas itu sungguh memalukan. Kalaulah ianya bukan dipengerusikan oleh Aziz dan Wan Omar saya mereka sudah pun melepaskan jawatan kerana tidak sanggup tanggung malu. Namun kerana mereka berdua tidak bermaruah, bermuka tebal, mereka tetap masih di situ dengan selesanya.

Tuntutan pembangkang dan Ngo yang berhimpun membantah dan meminta mereka berdua meleapskan jawatan bersama beberapa orang pegawai-pegawai lain tepat sekali. Tidak ada guna negara menyimpan manusia seperti itu yang tidak bermaruah. Apakah pula alasan yang akan digunakan apabila SPRM mendapati suruhanjaya itu rasuah dengan pembelian dakwat kekal yang tidak kekal itu?

Umno dan BN parti yang ikhtirafkan pemenang dalam pilihan raya lalu dan beberapa pilihan raya sebelum sepatutnya merasa malu atas apa yang berlaku. Dengan berlakunya insiden-insiden yang mendukacitakan itu seharusnya Umno dan BN juga merasa malu diri dengan apa yang ada berlaku. Kalau UBN ada harga diri parti itu juga patut bersama pembangkang mengutuk Aziz dan Wan Ahmad bukan melindungi atas alasan UBN mendapat benefit(untung) kerana menang.


mso

Photobucket

Pentagon dalang huru-hara Mesir – Chossudovsky

on Jul 9, 2013



Dalam satu temuramah dengan PressTV, Michel Chossudovsky (gambar), daripada Pusat Penyelidikan Mengenai Globalisasi yang berpusat di Montreal mendakwa Pentagon Amerika adalah dalang di belakang huru-hara yang kini melanda Mesir.

“Laporan media melaporkan seolah-olah gerakan protes adalah ditujukan pada Amerika Syarikat, dan tentera (Mesir) dalam lojik tertentu adalah menyokong gerakan protes tersebut. Saya merasakan ini semuanya cumalah adalah asap kerana Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dan juga Ketua Staf AS General Martin Dempsey sentiasa berhubung dengan arkitek rampasan kuasa dua minggu sebelum pengambilan kuasa oleh pihak tentera,” kata Chossudovsky.

Chossudovsky berkata ia tidak boleh dinafikan tentera Mesir mengikut arahan terus daripada Washington walaupun dalamnya mempunyai perbezaan pendapat.

Tentera Mesir, katanya, adalah penerima dana kedua terbesar AS selepas Israel.

“Mereka adalah sekutu yang kuat dan jika mereka sudah mengambil keputusan untuk campur tangan dan menurunkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat, mereka melakukannya selepas mendapat lampu hijau daripada Pentagaon,” tegas Chossudovsky.

Beliau menolak kemungkinan General Abdul Al Sisi, arkitek rampasan kuasa terhadap Presiden Morsi berani bertindak tanpa mendapatkan nasihat daripada rakan sekutunya, Chuck Hagel.

“Jika kita melihat berita-berita terbaru sebelum ini, kita boleh lihat General Al Sisi sentiasa berhubung dengan telefon dengan Chuck Hagel, kita juga harus faham bahawa Menteri Pertahanan yang menghasut rampasan kuasa itu juga adalah seorang graduan daripada kolej perang AS – beliau sangat rapat dengan tentera AS, dan saya secara ikhlasnya sangsi bahawa beliau telah bertindak tanpa kebenaran daripada rakan sekutunya di AS,” kata Chossudovsky lagi.

Chossudovsky juga mendakwa AS telah campur tangan di dalam gerakan protes terhadap rampasan kuasa Presiden Morsi dan juga tentera Mesir.

“Malah, AS sebenarnya sedang menyokong kedua-dua pihak, dan inilah strategi mereka. Mereka menyokong tentera, dan kemudian menyokong – dan tidak menyokong tapi mereka menyokong Ikhwan Muslimin. Dan ini menyebabkan terjadinya situasi konflik dalaman yang menjurus kepada ketidakstabilan pada skala yang lebih besar. Saya juga patut menyentuh bahawa sempadan dengan Gaza telah ditutup.

"Krisis ini bukan sahaja impak di Mesir, tapi pada skala yang lebih besar kerana Mesir adalah sangat strategik untuk AS, ia adalah pintu kepada Afrika Utara dan juga sub-Saharan Africa,” tegas Chossudovsky.

Campurtangan AS, kata Chossudovsky, adalah bertujuan untuk memastikan gerakan protes tidak menjadi luar kawalan dan rampasan kuasa itu adalah bertujuan untuk memanipulasi gerakan protes supaya cita-cita untuk mendapat satu kerajaan rakyat tidak tercapai.





Photobucket

BURUNG CAMAR MENYERANG...?

on






Beberapa kawasan di Britain kini dilanda ‘perang burung camar’ apabila burung-burung tersebut bertindak ‘menyerang’ orang ramai bagi mendapatkan makanan.

Mereka yang menjadi mangsa dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital, termasuk kanak-kanak yang mengalami luka di mulut dan anjing kecil yang mati akibat diserang burung-burung tersebut.

Beberapa kawasan di South Shields dan Belfast terpaksa mengeluarkan amaran berjaga-jaga ekoran serangan burung-burung tersebut.

Di Perranporth, Cornwall, perkhidmatan menghantar surat oleh Royal Mail dihentikan di kawasan pantai selepas beberapa posmen diserang.

Seorang wanita di Fleetwood, Lesley McLaughlin, 69, terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan selepas cedera di kepala akibat ‘diserang’ burung berkenaan.
Burung-burung berkenaan yang bergerak secara berkumpulan dilaporkan selalunya bertumpu di kedai makanan segera, kelab malam dan restoran untuk ‘merampas’ makanan daripada pengunjung.


‘Serangan’ burung tersebut yang paling teruk dilaporkan berlaku di Bank Street, Cornwall menyebabkan jalan raya itu digelar ‘Lorong Burung Camar’. - AGENSI


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List