Bazar Kuantan Pula Dilanda Ribut, 20 Kanopi Musnah

on Aug 23, 2010

Selepas Jasin, Bazar Ramadan Kuantan Pula Dilanda Ribut



Hujan Ribut Melanda Kuantan Petang Tadi, Lebih 20 Kanopi Musnah
KUANTAN, 22 Ogos [7.30 pm] - Hujan lebat berserta ribut melanda bandar ini sekitar jam 6.40 petang tadi, ketika umat Islam sedang menanti waktu berbuka puasa.

Keadaan kucar-kacir seketika terutamanya kepada orang ramai yang sedang berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan.
Banyak pokok tumbang, bumbung zink melayang dan kanopi yang rosak teruk akibat hujan ribu yang melanda. Terdapat juga jalan utama yang tidak dapat dilalui oleh mana-mana kenderaan akibat pokok tumbang merentangi jalan tersebut, terutamanya di sekitar Indera Mahkota. Malah difahamkan, lebih 20 buah kanopi di Bazar Ramadhan Mahkota Square depan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I turut musnah akibat dipukul ribut.
Sementara itu terdapat satu kemalangan berlaku berhampiran Bulatan Bunga Cengkih, Jalan Pintasan Kuantan-Kemaman. Sebuah kenderaan pacuan empat roda disyaki terbabas akibat jalan licin.
Pemandu yang dipercayai merupakan seorang pemimpin PAS setempat berdasarkan kad nama yang bertaburan di atas jalan (akan disahkan kemudian) dikatakan dari arah Kemaman sebelum terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan itu.
Namun, pemandu terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan sempat diselamatkan oleh orang awam yang lalu di situ.
Sesungguhnya, ribut dan hujan lebat yang melanda itu amat mengejutkan warga Kuantan. Tambahan pula, ketika waktu puncak iaitu umat Islam sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa. Mujurlah setakat berita ini disiarkan, tiada kemalangan jiwa berlaku. Apapun, kejadian yang berlaku itu mengingatkan kembali kita kepada ribut dasyat yang melanda Bazar Ramadhan Jasin yang meragut nyawa baru-baru ini.

Sumber:- Selatan Online

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List