McD oh McDonald's !!!!!!!!!!!!!

on Aug 23, 2010



SiTikus baru menerima berita yang gempar mengenai McD yang dinyatakan bahawa dagingnya adalah dari sumber yang tidak halal. Sebelum ini memang banyak isu tentang halal dan haram untuk produk makanan segera seperti KFC dan McD.

Tapi berita kali ini dari Jakim sendiri dan ianya perlu diambil tindakan segera dan tegas sebab dah banyak sangat daging McD yang sedap dalam perut ni dan perut korang semua.. Berikut adalah antara yang diperkatakan oleh sumber yang diperolehi.

Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!!

Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)

‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)


Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.
Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Bertarikh 19 Ogos 2010 (pembetulan: tarikh sebenar surat adalah 19 April 2010).
Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa..
Perbetulkan aku jika ada kesilapan..
Aku telah mnyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..
mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..


Maklumat tentang Mac Food


Bagi yang tak percaya Mac Food Services supplier McDonald boleh rujuk ni (direct daripada laman web McDonald Malaysia):
Terang-terang tulis..Mac Food Services supplier UTAMA McDonald! Info lanjut:
Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189
Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)
Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam
Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets
Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S
dan Kenyataan akhbar yang merujuk Mac Food Services adalah supplier UTAMA McDonald (direct daripada laman web McDonald Malaysia: http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf


Jadi kalau korang tahu tentang ini tolong inform la yer sebab ini perkara yang serius. Kalau betul dan benar yang berita ini betul dan pihak McD buat bodoh jer so…bye2 to mcd. Bukan berniat untuk fitnah tapi memerlukan penjelasan kerana makanan ini menjadi kegemaran anak-anak korang juga.





SUMBER: http://timhar.co.cc/blog/?p=263

Enhanced by Zemanta

1 comments:

Unknown said...

Salam ziarah balas

Terima kasih kerana lawatan dan jadi follower mountdweller.

Langkah senang ialah ikut jer Hadith,
"Kalau ragu jangan!"

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List