Berangan atau Terpinggir !!!!!!!!!!!!!

on Aug 25, 2010

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas di Negeri Perak terutama ADUN Bebas Behrang Jamaluddin Mohd Radzi yang memilih untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13 hanyalah kenyataan politik bersifat sementara dan menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang tiada wawasan jelas dalam membela rakyat. Tiada yang mustahil di dalam arena politik yang memungkinkan percaturan terbaru di dalam usaha Barisan Nasional (BN) Negeri Perak untuk kembali berkuasa selepas tewas di dalam PRU ke - 12 tahun 2008 yang lalu.



Oleh yang demikian DPPN Pk merasakan tidak mustahil bagi ahli politik terutama semua ADUN Bebas ini untuk menyertai Umno lantas menjadi calon BN bagi kerusi tersebut. Tiada siapapun yang boleh menolak kemungkinan tersebut apatah lagi jika dilihat kepada 'sumbangan besar' mereka dalam membantu BN merampas kuasa pemerintahan PR di Negeri Perak yang jelas belum terbalas sehingga kini. Biar pun berjuta Ringgit dihabiskan, jelas mereka sebagai ‘kuasa ketiga' di Negeri Perak.

DPPN Pk tidak akan terkejut dengan pendirian yang bakal dibuat oleh semua ADUN Bebas menjelang PRU ke - 13 nanti yang pasti meletakkan kebajikan rakyat sebagai sandaran bagi pendirian mereka. Bagi semua ADUN Bebas tersebut, khidmat kepada rakyat yang memilih mereka sudah tentu menjadi keutamaan yang selama ini tidak mampu dilakukan. Khidmat mereka yang luar biasa sudah tentu menjadi persoalan yang masih tidak terjawab oleh semua pihak.

Rakyat sudah tentu menunggu tarikh keramat menjelang PRU ke 13 nanti, pelbagai keadaan luar biasa bakal berlaku di Negeri Perak kelak. Semestinya PR akan meletakkan calon yang terbaik untuk berhadapan dengan BN pada kerusi-kerusi 'lompat' ini. Bagi DPPN Pk, rakyat harus konsisten mengutuk sikap ADUN Bebas yang jelas telah mengkhianati rakyat seluruhnya.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List