Sankara Nair : 2 saksi mati tiada kiatan kes video Lingam

on Aug 25, 2010

610x


PETALING JAYA: Peguam mewakili kes Anwar Ibrahim, Sankara Nair berpendapat kematian dua saksi D Ramachandran dan V Ragendran berhubung kes klip video Datuk V K Lingam tidak ada kaitan dengan kes tersebut kerana ia kematian dengan sebab yang lain.
Menurutnya, kes pembunuhan berkaitan V Ragendran yang berlaku di Puchong adalah atas sebab lain dan pesalah-pesalah yang membunuhnya telah pun ditangkap untuk siasatan.
"Ia jelas tiada kaitan dengan kes video Lingam kerana polis memberi kenyataan bahawa berlaku pergelutan di antara kedua-dua pihak akibat pertengkaran berkaitan kuil.
"Mengenai kematian bekas pemandu D Ramachandran pula, ianya telah disahkan terbunuh dalam kemalangan jalanraya oleh pihak polis setelah siasatan dilakukan. Jika ada unsur pembunuhan sepatutnya telah dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.
Beliau berkata, kerajaan sememangnya perlu menyediakan jaminan kepada semua saksi yang terlibat dalam memberi keterangan kepada mahkamah supaya ianya dapat memastikan keselamatan setiap saksi mahkamah sentiasa terjamin.
"Jika kerajaan gagal untuk memberi jaminan keselamatan kepada setiap saksi mahkamah, saksi-saksi yang bakal memberi keterangan kelak tidak akan mahu memberi kerjasama kepada mahkamah nanti," jelasnya.
Tambah beliau, saksi-saksi kes klip video Lingam seperti Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo-Burne, bekas setiausaha Lingam, Jayanthi L Govindarajulu Naidu dan adik Lingam V Thirunama Karasu yang khuatir setelah menerima ugutan sepatutnya menyediakan bukti kukuh untuk membantu pihak berkuasa melakukan penyiasatan.
Masalah ugutan ke atas saksi
"Jika setiap laporan dari saksi telah disediakan bukti, ia jelas menunjukkan bahawa pihak polis gagal melaksanakan tanggungjawab untuk menyelesaikan permasalah ugutan yang diterima oleh saksi-saksi berkenaan," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai kes semakan kehakiman video Lingam, Sankara berpendapat, mahkamah telah memutuskan keputusan terbaru dan ianya terpaksa dihormati untuk tidak menghina mahkamah.
"Kebenaran semakan dari mahkamah perlu dituruti walaupun kebenaran itu dilihat menghina suruhanjaya diraja yang telah menyiasat kes tersebut," katanya.
Semalam, Jayanti bersama Loh mengadakan satu sidang media berikutan menerima ugutan tanpa henti daripada individu tidak dikenali dan menganggap bahawa kematian kedua saksi kes klip video Lingam sebagai satu misteri.
Karpal Singh semalam juga membidas keputusan mahkamah rayuan yang membenarkan permohonan tiga individu mencabar hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai kemelut pita video Lingam.
Katanya, tidak pernah dalam sejarah Malaysia, kebenaran diberikan bagi mencabar hasil penemuan sebuah suruhanjaya diraja.
"Mahkamah Rayuan silap dalam keputusan hari ini yang membenarkan rayuan itu. Apa yang pihak berkuasa sepatutnya lakukan ialah bertindak ke atas cadangan dan hasil penemuan dan mengambil tindakan ke atas individu-individu yang terbabit,” kata Karpal

Sumber:- FreeMalaysiaToday

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List