PKR : Bukan Parti Keadilan

on Sep 9, 2010

  




 




27 Jun 2010, Anwar Ibrahim melakukan rombakan mengejut dalam PKR. Azmin ganti tempat Khalid, Zaid ganti tempat Azmin. Akhirnya yang hilang tempat adalah Khalid. Hanya sebagai Menteri Besar. Dihukum kerana kehilangan kerusi parlimen di Hulu Selangor oleh Anwar Ibrahim. Sebenarnya dari segi ekonomi sudah lama Anwar ganti tempat Khalid sebagai penasihat ekonomi. Bila kalah di Hulu Selangor terus kedudukan politik Khalid diberikan kepada Azmin.

Anwar nampaknya lebih percayakan Azmin dari Khalid atau Zaid. Kenapa tidak diberikan sahaja tugas Pengerusi PKR Selangor kepada Zaid? Ini kerana Zaid kalah bertanding dalam kerusi parlimen di Selangor. Azmin sudah ada jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi PKR di Wilayah Persekutuan, kenapa perlukan Azmin untuk pertahankan Selangor? Jawapanya, kerana Anwar mahu siap sediakan Azmin untuk ganti tempatnya di kerusi no. 1. Selain Azizah , Anwar lebih percaya lagi pada Azmin. Anwar boleh hilang "mood" jika Azmin merajuk. Itulah istimewanya Azmin di sisi Anwar.

Bila Zaid umum untuk lawan Azmin di kerusi no. 2, maka Zaid seolah menempah "kerusi elektrik" untuk politiknya dalam PKR. Politik Khalid sudah dikuburkan bila 15 ahli parlimen PKR desak Khalid undur selepas kalah di Hulu Selangor. 6 September 2010, 13 orang ADUN PKR buat kenyataan politik sokong Azmin untuk kerusi nombor 2. Mereka mungkin orang yang sama yang desak Khalid berundur sebagai Pengerusi PKR dan mungkin orang yang sama sabotaj Zaid di Hulu Selangor. Sebenarnya yang membunuh karier Zaid di Hulu Selangor adalah Azmin sendiri.  Azmin tidak setuju Zaid jadi calon di Hulu Selangor. Azmin beri kenyataan pada 18 April 2010 minta UMNO buktikan Zaid minum arak. Mengapa perlu Azmin yang minta bukti? Karier Zaid dibunuh satu demi satu termasuklah sidang media menyatakan sokongan pada Azmin.

Kesimpulannya, politik PKR hanya akan diwarisi oleh orang yang "terpilih" oleh 3A (Anwar, Azizah & Azmin). Zaid yang dianggap setahun jagung dalam PKR akan dikuburkan sebegitu sahaja. Nasib yang sama akan menimpa Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua AMK). Mengapa bekas-bekas Setiausaha Politik Anwar nyatakan sokongan terbuka pada Rafizi Ramli sebagai bakal Ketua AMK? Mereka buat sidang media nyatakan sokongan macam apa yang dibuat oleh 13 ADUN PKR untuk sokong Azmin. PKR sebenarnya bukan parti yang demokrasi. Hanya orang terpilih secara eksklusif sahaja oleh telunjuk 3A akan berada di atas. Di mana keadilan yang dilaung-laungkan dalam parti tersebut. PKR bukan parti keadilan sebenar. 


Zaid kena tulis buku baru. Tajuknya "Aku pun PKR juga". 



Angin Perubahan
Enhanced by Zemanta

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List