Tajuddin memang cari fasal

on Sep 26, 2010



Ahli Parlimen Pasir Salak, YB Tajudin Abd Rahman, sengaja mencari fasal bagi mengganggu sebarang kelancaran program PAS Kg. Gajah. Setiap program besar anjuran PAS, akan ada pula program anjuran Tajuddin.
Bermula daripada program Himpunan Anak-Anak Felcra di Changkat Lada, hinggalah kepada program berbuka puasa di Masjid Felcra Changkat Lada dan yang terbaru, majlis sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Pasir Salak di Kg. Gajah.
Pada 31 Julai yang lalu, satu majlis himpunan warga Felcra di adakan oleh PAS. Pada masa yang sama, Tajuddin telah mengadakan Musabaqah Al Quraan bagi FELCRA di Seberang Perak. Program PAS telah disabotaj dan 22 orang aktivis PAS ditahan oleh polis kerana dituduh mengadakan perhimpunan haram.
Dalam bulan Ramadhan yang lalu, PAS Kawasan Pasir salak telah mendapatkan tarikh bagi giliran untuk berbuka puasa di Masjid Felcra Nasaruddin. Ianya kemudian terus diambil oleh Tajddin bagi majlis berbuka puasa UMNO, menyebabkan berlaku dua majlis anjuran PAS dan UMNO pada masa yang sama, di masjid yang sama.
Peristiwa ketiga ialah pada 26 September (Ahad) jam 2.30 petang, PAS Kawasan akan mengadakan jamuan hari raya di Markas PAS Kg. Gajah. Pada masa ini jugalah, Tajuddin mengadakan sambutan hari raya di rumah kebajikan anak-anak yatim bertempat betul-betul berhadapan dengan markas PAS Kg. Gajah tersebut.
Peristiwa-peristiwa ini menampakkan Tajuddin sengaja mencari fasal dan cuba mengadaka provokasi bagi menongkak kebangkitan Pakatan Rakyat Negeri Perak AMnya, kawasan Pasir Salak khususnya.
Kerana besesuai dengan keadaan samseng beliau, beliau telah diberi gelaran oleh orang-orang Kg. Gajah sebagai Ahli Parlimen Pasir Menyalak berkelulusan Universiti Menyalak Number One (UMNO) 1983.
Mk

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List