Heavyweight PKR Tewas......Dah Kata Dah.......?????

on Sep 26, 2010



Ramai betul calon favourite PKR, tewas di peringkat cabang. Hari itu Mustafa Kamil Ayub, yang disebut bakal MB Perak dari PKR kalah, kali ini ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrain Abas pula tewas. Lepas ni siapa pula. Jangan dilupa, ada 4 lagi Naib Presiden iaitu Azmin Ali, Dr Lee Bon Chye, Datuk Jefry Pairin Kitingan dan Sivarasa Rasiah yang bakal dicabar di cabang masing-masing.

‘Pengurus kempen’ Azmin, Kamarul gagal kekal ketua Telok Kemang



 Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas tewas dalam usaha mempertahankan jawatan ketua cabang Telok Kemang hari ini.

Wakil rakyat penggal pertama itu tewas di tangan Adun Port Dickson yang menerima 279 undi.
Keputusan yang diumumkan sebentar tadi menunjukkan Kamarul yang dua minggu lalu mengetuai 20 Ahli Parlimen dan Senator mengumumkan sokongan padu kepada Azmin Ali bertanding jawatan timbalan presiden menerima 137 undi.

Manakala Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub tewas di Pasir Salak.


               

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List