Kerajaan tetap beli tren elektrik walaupun SPRM sedang siasat kerugian RM500 juta

on Oct 15, 2010

Alasan kementerian beli tren elektrik memalukan


KUALA LUMPUR, 15 Okt: Alasan Kementerian Pengangkutan bahawa pembelian tren elektrik bernilai RM1.8 bilion dari China diteruskan kerana surat tawaran (LOA) telah dikeluarkan adalah memalukan, kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kementerian tersebut meneruskan pembelian tersebut walaupun kontraknya masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"LOA yang sudah dikeluarkan tidak seharusnya dijadikan alasan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Beliau, Selasa lalu meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc untuk KTMB dari China, setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.
Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Kong Cho Ha dalam jawapan bertulisnya menggesahkan bahawa pembelian tersebut akan tetap dibuat meskipun Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam mesyuarat Julai lalu memutuskan bahawa wujud alasan untuk disiasat wujudnya amalan rasuah dalam perjanjian tersebut.
PAC seterusnya telah meminta secara rasmi SPRM menjalankan siasatan rasuah ke atas pembelian tren elektrik tersebut.
Kong memberi alasan bahawa pembelian tersebut diteruskan memandangkan Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan  LOA kepada syarikat dari Cina, Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd untuk membeli 38 unit enam koc  Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM48 juta sebuah.
Dzulkefly turut mengingatkan kerajaan mengenai satu insiden lain apabila kerajaan membatalkan pembelian lapan tren berenjin diesel dari Sepanyol untuk digunakan dalam perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) walaupun LOA mengenainya sudah dikeluarkan.
"Pembelian itu dibatalkan walaupun perjanjian sudah ditandatangani dan mantan  Menteri Pengangkutan pada ketika itu juga mengalu-alukan tindakan PAC menjalankan siasatan terperinci mengenai pembatalan pembelian tersebut.
"Kita juga ingin mengingatkan projek dwi landasan elektrik Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Johor Bahru yang diluluskan oleh Tun Dr Mahathir tetapi dibatalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.

WarkahDaily – Alangkah pelik, pembelian 38 unit Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc untuk KTMB dengan harga RM1.8 bilion tetap diteruskan jugak walaupun pembelian itu dalam penyiasatan SPRM kerana berlaku perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha kata, pembelian tersebut diteruskan memandangkan Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan LOA kepada syarikat dari Cina, Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd untuk membeli 38 unit enam koc Electric Multiple Unit (EMU) dengan harga RM48 juta sebuah.

Semata-mata surat tawaran (LOA) telah dikeluarkan kepada pihak pembekal, kerajaan telah mengenepikan dakwaan penyelewengan yang mengakibat kerugian dan sedang disiasat oleh SPRM.

Kebiasaan kalau SPRM dah siasat, pembelian kenalah tangguh atau diberhentikan bagi membantu perjalanan penyiasatan oleh pihak berkuasa.

Dibimbangi disebalik meneruskan pembelian tren berkenaan walaupun ianya dalam siasatan SPRM, ada campurtangan pihak atasan yang mempunyai keuntungan di sebalik tender pembelian tren elektrik berkenaan.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, alasan meneruskan pembelian tren berkenaan kerana surat tawaran sudah dikeluarkan amatlah memalukan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List