Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi....???

on Oct 26, 2010

money bidding


Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.


Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.



Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.



Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.



Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.



Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.








What??!!


Hutang negara.... RM362.39 bilion??
Paling tinggi dalam tempoh lima tahun??

Fuuhhh!!! Gila luuuu!!


Dengan hutang sebanyak tu....
Kerajaan 1Malaysia ada hati....
Nak bina bangunan 100 tingkat, RM 5 billion??
Nak renovate rumah Piem, RM64 juta??
Sanggup bina istana negara baru, RM800 juta??



Isy... Isy... Isy... 



Ini ler dia kerajaan 1Malaysia
Bior pape, aseikan bergaye!!



Kah... kah... kah...

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List