PAKATAN :- LIPAT GANDAKAN USAHA..........???

on Oct 26, 2010

PRSabah


KUALA LUMPUR 26 Okt - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua jentera parti daripada ketiga-tiga rakan kongsi, KEADILAN, PAS dan DAP melipatkan ganda usaha dan komitmen mereka bagi memastikan kemenangan di pilihan raya kecil Batu Sapi 4 November depan.

Anwar berkata Pakatan Rakyat akur kepada hakikat bahawa Pakatan Rakyat memasuki pilihan raya ini sebagai' underdog' di kerusi Batu Sapi namun kemenangan adalah tidak mustahil sekiranya setiap lapis jentera pilihan raya bergerak secara bersepadu, berdisiplin dan penuh komitmen.

"Kita akui kita memulakan kempen ini dalam tahap yang agak rendah, kita jangka sokongan rakyat pada peringkat ini dalam sekitar 40 peratus. Jadi kita minta kawan kita bekerja cukup kuat dan untuk itu saya ucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP," kata Anwar pada sidang media selepas mengumumkan calon KEADILAN bagi PRK Batu Sapi di Dewan Hakka di sini semalam.

Ditanya mengenai kesepakatan pihak oposisi terjejas akibat keputusan parti Maju Sabah (Sapp) untuk tidak mahu mengundur diri daripada bertanding, Ketua Oposisi berkata Pakatan Rakyat tetap utuh dan yang berpecah hanyalah pihak Sapp dan bebas.

"Setakat yang saya tahu tidak ada perpecahan dalam oposisi, perpecahan hanya berlaku dalam pihak bebas. Secara rasminya Sapp mewakili bebas kerana di dalam Parlimen pun mereka mengatakan diri mereka sebagai bebas, jadi ada perbezaan antara kami dengan mereka. Mereka boleh menyokong mana-mana pihak tetapi Pakatan Rakyat kita tetap bersatu dan utuh dan agenda perubahan kami bagi Sabah amat jelas.

"Malah perbincangan denhgan mereka pun tidak diadakan secara rasmi kerana jika begitu ia memerlukan kelulusan majlis pimpinan Pakatan Rakyatb tetapi saya telah mendapat persetujuan dari Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang untuk menghantar wakil kita, Willian Leomng bersama Thamrin, Ansari, Christina Liew dan Jeffrey untuk berbincang dam mencari penyelesaian terbaik. Bagaimanapun Sapp tidak mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat samada di peringkat negeri mahupun Parlimen. Mereka tidak mahu memberikan komitmen adakah mereka tidak akan menyertai Barisan Nasional," jelas beliau lagi.

Sementara itu calon Pakatan Rakyat di Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata beliau yakin Pakatan Rakyat kini mendapat sokongan yang lebih tinggi berbanding pada pilihan raya umum 2008 lalu.

"Bukan sahaja yang bertanding di Batu Sapi tapi pertandingan adalah antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, sebab itu saya yakin. Saya jangkakan pertandingan adalah sengit. Pakatan Rakyat mendapat lebih 4,000 undi pada pilihan raya dahulu dan kami percaya sejak 30 bulan lalu KEADILAN, PAS dan DAP telah bekerja kuat dan secara agresif di peringkat akar umbi. Hanya semua aktiviti kami tidak dilaporkan oleh media arus perdana seolah-olah mahu menggambarkan kami semuanya tidur dan tidak berbuat apa-apa," kata Ansari kepada media.

Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Cheu pula mengakui Pakatan Rakyat tidak akan mendapat laluan mudah di Batu Sapi namun ketiga-tiga parti dalam gagasan oposisi bersatu dalam usaha mereka untuk meyakinkan rakyat bahawa adalah penting mereka memberi mandat kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil ini untuk mengangkat suara mereka di Parlimen.

"Kami menyeru pengundi Batu Sapi mengamanahkan mandat mereka kepada kami supaya suara mereka boleh bergema di Parlimen. Banyak masalah rakyat di Batu Sapi dan dari kawasan ini ramai datangnya Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Persekutuan dan lain-lain Menteri tetapi apakah telah mereka buat kapeda rakyat di sini selama ini?" tanya Dr Hiew yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List