PRK Galas dan Batu Sapi :Double joy atau double trouble.......???

on Oct 11, 2010



Ini betul-betul takdir.Belum lama, cuma April lalu saja berlangsung pilihanraya kecil Hulu Selangor di semenanjung dan Mei di Sibu,Sarawak. 

Di Hulu Selangor kerana kematian Ahli Parlimen PKR manakala di Sibu kematian Ahli Parlimen BN. 

Kini di Galas untuk pilihanraya kecil 4 November kerana kematian Ahli Dewan Undangan Negeri PAS,manakala di Batu Sapi,yang belum ditentukan tarikh pilihanraya kecil lagi ialah kerana kematian akibat kemalangan Ahli Parlimen BN di situ. 

Senarionya dan jarak waktunya hampir sama dan kebetulan satu di semenanjung dan satu di Malaysia Timur. 

Apa yang menjadi tandatanya ramai bagaimana rupa bentuk keputusan kali ini.2-0 bagi BN atau seri 1-1 atau 0-2 bagi Pakatan. 

Senang cakap Galas dan Batu Sapi pasti akan menjadi medan ‘ perang besar’ bagi BN dan Pakatan. 

Bagi BN kedua-dua medan ini amat penting untuk kasi terbalik kiraan mata 12 PPRK lalu yang lebih pada Pakatan. 

Ini lebih-lebih lagi setelah ia tewas di Sibu selepas menang di Hulu Selangor. 

Ia bukan sahaja perlu menawan balik Galas yang merupakan lubuk Tengku Razaleigh Hamzah tetapi Batu Sapi untuk membuktikan pengaruh Pakatan yang bercita-cita nak robek kekuatan BN di Sabah dan Sarawak dapat disekat. 

BN sedar menjelang pilihanraya umum negeri Sarawak yang bakal diadakan menjelang Julai 2011, Batu Sapi dapat menjadi modal propaganda besar Pakatan jika jatuh ketangan mereka. 

Pakatan sendiri sedar betapa besarnya makna Batu Sapi baginya. 

Kerusi Batu Sapi adalah kuota PKR sekalipun ia tidak tanding di situ pada PRU 12. 

Pengarah Pilihanraya PKR Fuziah Salleh kata pada pilihanraya kecil ini PKR akan letak calon. 

Melihat pada keputusan pada PRU ke 12 lalu di Batu Sapi yang terletak di Sandakan ia boleh dianggap dalam tangan BN. 

Mendiang Edmund Chong dapat 9,479 undi lawan calon bebas Bebas Dr Chung Kwong Wing 5,771 undi PRU 12 lalu.Majoriti 3,709. Pengundi kawasan itu ialah 26,004. 

Beliau juga memenangi kawasan itu tanpa bertanding pada PRU ke 11 pada 2004. 

Namun mengambil kira pengalaman di Sibu yang merupakan kubu tradisi mendiang Datuk Robert Lau boleh kalah kepada DAP masa PRK Mei lalu,BN juga pasti tidak boleh tidor nyenyak memikirkannya. 

Di Galas sekalipun dalam negeri PAS Kelantan,BN sekurang-kurangnya boleh turun padang dengan semangat besar kerana faktor Tengku Razaleigh di Gua Musang. 

PAS memang diketahui cukup risau dengan komitmen penuh Tengku Razaleigh hendak merampas balik kawasan DUN – satu-satunya di Gua Musang- yang tumbang pada PRU 12. 

Bagi otai politik Malaysia itu Galas merupakan perjuangan peribadi yang penting untuk imej beliau selain umumnya sebagai hadiah manis kepada BN. 

Majoriti PAS dalam PRU lalu cuma 646 sahaja. 

Bagi PAS ini dilihat sebagai peluang untuk merobek habis pengaruh Tengku Razaleigh di kawasan pedalaman Kelantan selama lebih 40 tahun sekaligus memberi tamparan kepada BN. 

Taruhannya adalah sangat tinggi bagi kedua-dua BN dan Pakatan baik di Galas maupun di Batu Sapi

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List