BN mungkin rampas semula kubu yang ditembusi.....???

on Nov 5, 2010

Kemenangan 2-0 dalam PRK Galas dan Batu Sapi mungkin petanda kebangkitan semula Barisan Nasional, meramalkan potensi regim ini untuk merampas semula kawasan tradisionalnya yang ditembusi Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008.
PRK pada 4 November 2010 memberi isyarat bahawa PR mungkin gagal mempertahankan kerusi yang dirampasnya dari BN, dan terpaksa menyerah semula kepada BN pada PRU akan datang.  Ini kerana PR tidak bersungguh-sungguh untuk memperluaskan pengaruhnya di kawasan tradisional milikan BN setelah memenanginya, kata pengkaji politik Phoon Wing Keong (gambar kanan) ketika dihubungiMerdekaReview.
Pada masa yang sama, PRK ini menyaksikan bagaimana undi Melayu mula kembali ke BN, menambah risiko PR untuk kehilangan kawasan-kawasan sedemikian.  Dari apa yang diamati dalam PRK ini, meskipun pengundi Cina masih menyokong PR, tetapi undi tersebut gagal dipertingkatkan lagi.  Secara keseluruhannya, Phoon Wing Keong menganggap kecenderungan perubahan ini tidak memihak kepada PR.
SAPP kehilangan kuasa berunding
Seorang lagi pengkaji politik, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Batu Sapi menunjukkan bahawa tiada perubahan dari segi asas struktur undi, sama ada untuk BN mahupun PR, termasuk SAPP.  Sebaliknya, retakan wujud antara PKR dengan SAPP, dan PKR akhirnya berjaya mengatasi SAPP dalam PRK ini.

Wong Chin Huat (gambar kiri) ketika dihubungiMerdekaReview menjangkakan bahawa SAPP akan tetap bekerjasama dengan PR, dan tidak kembali ke pangkuan BN.  Bagaimanapun, SAPP kehilangan sedikit sebanyak kuasa untuk berunding seterusnya, seandainya mahu bekerjasama dengan PR untuk berdepan dengan PRU yang akan datang.

Sementara itu, keputusan PRK Batu Sapi memperlihatkan sokongan pengundi terhadap parti yang lebih bersifat nasional, daripada sesebuah parti politik yang terhad kepada pengaruh tempatan.  Justeru itu, SAPP mungkin perlu mempertimbangkan cadangan untuk mengubah langkah dirinya agar menjadi sebuah parti politik bersifat nasional.


*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List