MELAKA MAJU...ALI RUSTAM BOHONG........???

on Nov 6, 2010

Penyelia DUN Bukit Baru yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak Menghalang Perobohan Surau dan PASTI Bukit Katil, Yusof Wahab menyangkal tuduhan Ketua Menteri Melaka bahawa kedua-dua surau dan PASTI tersebut dibina tanpa sebarang pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Saya kesal kerana seorang Ketua Menteri bercakap mengikut hawa nafsu tanpa membuat rujukan sebelum mengeluarkan kenyataan"

"Kenyataan Ketua Menteri ketika sessi perbahasan usul di Dewan Undangan Negeri Melaka semalam merupakan kenyataan yang melulu dan semberono tanpa merujuk kepada fakta sebenar." kata Yusof 
Yusof berkata sebagai Ketua Menteri, Mohd Ali sepatutnya cermat mengeluarkan kenyataan kerana jika tersilap membuat tuduhan sebegini ianya menjejaskan reputasi beliau sendiri.

"Kita menuntut supaya Ali menarik balik kenyataan beliau itu bagi membersihkan imej surau dan PASTI yang dituduh seolah-olah dibina secara haram". tambah Yusof.

Mohd Ali ketika bangkit membangkang usul yang di bawa ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong semalam menuduh Surau dan PASTI di Jalan Dato Demang Hussein di sini tidak mempunyai pelan.

Sementara itu menurut Yusof hujah yang dikemukakan Mohd Ali membidas usul ADUN Bachang merupakan hujah yang longgar dan tidak boleh diterima

"Mohd Ali berkata kerajaan hanya ingin membesarkan Jalan Dato Demang Hussein yang sedia ada bukannya mahu membina jalan baru"

"Beliau juga berkata pihak terbabit boleh membina semula surau dan PASTI yang dirobohkan selepas mendapat pampasan kelak" kata Yusof

Yusof menyangkal hujah Mohd Ali kerana menurutnya jika benar Jalan Dato Demang Hussien henak dibesarkan mengapa ianya dibuat bengkok tidak lurus sedangkan di sebelah jalan yang sedia ada terdapat tanah kosong yang boleh dibuat jalan.

"Mengapa jalan yang lurus hendak dibuat bengkok" soal Yusof.

Beliau juga kesal dengan sikap Ali yang dilihat lepas tangan dengan memberikan jawapan yang tidak berfakta dan tidak logik.

"Jika Surau dan PASTI baru hendak dibina di mana pihak kami hendak bina sedangkan kami tiada tempat yang strategik dan baik seperti sekarang".

"Apakah kerajaan negeri akan memberikan kami tanah alternatif yang strategik dan lebih baik dari yang ada sekarang" soal Yusof.

Beliau mengulangi bahawa tindakan kerajaan negeri mengambil tanah ini adalah bersifat jahat dan dendam kepada PASTI dan Surau yang dilihat mendapat sambutan dari masyarakat setempat.

Yusof menjelaskan bahawa tindakan merobohkan surau dan PASTI serta merampas tanah rakyat ini adalah sama dengan kezaliman Yahudi dan komunis yang merobohkan masjid dan merampas tanah rakyat di Asia Tengah dan Palestin.

"Kami bermohon kepada Allah agar orang-orang zalim seperti ini yang sanggup merobohkan rumah Allah diberikan balasan setimpal oleh Allah" tegas Yusof.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List