PR Telah Hilang Kekuasaan Terhadap Alam Siber.........???

on Dec 2, 2010

Blogger telah banyak membantu Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya umum 2008 yang lepas dimana akhirnya berlaku tsunami politik yang kemudian berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN.

Ramai YB-YB samada di peringkat parlimen atau DUN dari Pakatan Rakyat telah dapat dinobatkan hasil dari kerja keras para blogger PR ini. Ada yang telah menjadi exco, menjadi ahli parlimen, malah menteri besar!

Tetapi anehnya, mengapakah PR melupakan peranan media reformasi ini? 

Akibat daripadanya kini seorang demi seorang blogger PR telah mengundur diri. Sudah hilang blogger-blogger bernama "taranama", "ketuaperusuh", "mimpiboneka" dan lain-lain.

Yang ada pun kini hanya blogger-blogger 100% salin-tampal, pun telah mula berkurangan dan kurang aktif. GB tidak memandang rendah kepada blogger salin tampal ini, malah mengalu-alukan kehadiran mereka, setidak-tidaknya meramai dan menceriakan alam siber ini dengan blogger PR.

Namun kesannya dapat dilihat di dalam pilihanraya kecil mutakhir ini dimana PR semakin kalah dan tren kekalahan tersebut nampaknya akan berterusan. Kuantiti merosot begitu juga kualiti blogger PR turut merosot.

Ini diperburukkan dengan sikap SYOK SENDIRI blogger dan forummer dan ahli PR sendiri yang "merasa diri amat kuat" dan merasakan "rakyat masih menyokong kita" sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya.

Hal ini perlu disedari segera.

Sebuah blog iaitu cenangau telah bersusah payah melakukan kerja-kerja menyenaraikan topblog Pakatan Rakyat. Jadi kita sangkakan bahawa blog PR masih menguasai alam siber sedangkan hakikatnya blogger PR sudah tewas dengan blogger mesra kerajaan (baca: UMNO)!!

Malah dari segi bilangan pun jumlah blogger mesra PR sudah kurang berbanding dengan blogger pro-UMNO.

Dan anihnya belum ada sebarang usaha positif dari pihak pimpinan PR sendiri untuk membantu membetulkan semula keadaan ini.

Perjuangan alam siber yang dahulunya dikuasai oleh blogger PR, kini sudah berjaya dirampas oleh blogger UMNO. Kisah Bukit Uhud berulang. Apabila masing-masing pimpinan PR merebut ghanimah di bawah bukit untuk membuncitkan perut, yang tinggal hanyalah blogger-blogger yang kurus kering yang masih setia dengan perjuangan. Tapi kerana kurus kering, akibatnya musuh berjaya merampas Bukit Uhud, dan awas PR akan kalah teruk di dalam pilihanraya akan datang ini jika berdasarkan kepada peristiwa Bukit Uhud itu.

Dahulu GB ada dengar seorang Menteri Besar ingin menubuhkan satu tabung untuk para blogger PR. Tapi ia hanya janji kosong yang sehingga kini tidak menjadi realiti.

Ketua Umum PR tak payah kita nak sentuh lagi. Ia hanya perjuangan untuk keluarga dan kroni. Pemilihan parti yang baru lalu penuh dengan penipuan untuk mengangkat kroni dan keluarga.Pun tak mahu diakui. Masih nak pertahankan kejelekan penipuan dengan pelbagai alasan.

Pimpinan PAS dan DAP pula hanya menjadi penumpang-penumpang dalam arus perjuangan alam siber.Lansung tidak pernah ada dalam agenda di dalam parti-parti ini untuk menghargai, membantu dan memertabatkan blogger.

Di dalam forum-forum portal mesra PR dan para blogawan penyokong PR, perjuangan PR tampak semacam cukup hebat. Tetapi apabila dibawa ke gelanggang pilihanraya, PR kalah. Terbeliak mata masing-masing tetapi lansung tiada siapa pun melakukan post-motem mengapa berlaku fenomena kekalahan sekalipun blogger dan forummer telah cukup hebat memainkan peranan.

Di pihak pula, selain dari sindrom syok sendiri, blogger PR juga terjebak dengan sindrom penafian dan sindrom mengampu berlebihan.

Blogger khuatir dan takut untuk mengkritik. Kerana takut menjadi sasaran caci maki pembaca yang terdiri dari penyokong tegar PR. Akibat dari itu penyakit-penyakit dan segala kekotoran PR disapu ke bawah karpet. Tersuratnya cantik sedangkan tersiratnya terlalu kotor dan meloyakan.

Telah berulangkali GB katakan, zaman ini ialah zaman walking the talk. Zaman rakyat melihat apa yang kamu boleh sumbangkan untuk rakyat, untuk negara. Tapi apa yang berlaku pemimpin-pemimpin PR masih leka degan kaedah semalam, masih terkepung dengan teknik talking the talk, terkongkong dengan kesempitan minda lantaran malas untuk belajar, malas untuk berkhidmat, malas untuk memperbaiki kualiti diri dan parti. Masih ramai YB yang masih tidur lagi, walau ada diantaranya bergelar PhD.

Perhatikan betul-betul kedudukan ranking yang dilampirkan. Tren yang ada menunjukkan bilangan blogger PR semakin mengecut dan kualitinya semakin menurun. Ia petanda yang amat buruk - dan merupakan satu anti-klimaks terhadap kegemilangan PR.

Di alam siber ini, masih ramai pula yang bermimpi kononnya jika pilihanraya esok, PR akan memerintah katanya. Sama seperti melonjaknya perasaan akibat dari berita-berita muluk dipersembahkan oleh para blogger PR sepanjang kempen pilihanraya Galas dan batu Sapi. GB telah menduga kekalahan lebih awalsekalipun GB juga berusaha, bekerja dan berdoa untuk kemenangan PR.

Jika senario ini tidak berubah, usah mimpi untuk menang di dalam pilihanraya yang akan datang ini. 



Aku Ciplak Dari :- http://greenboc.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List