SUK SELANGOR........???

on Jan 3, 2011



Khusrin daftar masuk, MB mengadap Sultan



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadualkan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 11 pagi ini di Istana Mestika, Shah Alam.

Ia dipercayai sebagai mencari jalan penyelesaian perlantikkan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.
Khalid yang ditemui wartawan ketika tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada jam 10 pagi tadi, enggan mengulas perkembangan terbaru berkenaan.

"Kita akan buat pengumuman bila tiba masanya,” kata beliau ketika menunggu menaiki lif ke pejabatnya.

Awal pagi ini, Khusrin tiba untuk bertugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 6.45 pagi ini, di sebalik kontroversi perlantikannya itu.
Beliau juga mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi.

"Tiada masalah,” katanya sebelum terus menyelinap ke dalam bangunan di Shah Alam itu.
Khusrin yang memakai sut kelabu berbelang, kemeja putih dan tali leher masuk ke pejabatnya kira-kira pukul 7 pagi selepas kenderaannya dilihat melalui pintu masuk bangunan SAAS pukul 6.45 pagi.
Beliau diiringi dua pengawal keselamatan kerajaan negeri ketika masuk ke pejabatnya. 

Bagaimanapun, adalah dipercayai beliau masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber dari pejabat menteri besar, tiada arahan dikeluarkan bagi menahan Khusrin daripada pergi ke pejabat setiausaha kerajaan negeri yang terletak pada tingkat 19 bangunan itu.

"Tidak akan berlaku konfrontasi... Sudah tentu, beliau boleh masuk tetapi sama ada beliau akan bekerja untuk kita (kerajaan negeri Selangor) adalah cerita lain,” kata sumber itu.
Anggota dan pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dilihat berjaga-jaga di lobi bangunan itu.
Khusrin dijadual mengangkat sumpah jawatannya pada 6 Januari ini tetapi kerajaan negeri membantah perlantikkan itu kerana mendakwamenteri besar tidak dirujuk.

Kerajaan negeri Selangor dikatakan tidak senang dengan perlantikkan Khusrin oleh kerajaan persekutuan sebagai ketua kakitangan awam di negeri itu kerana beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ketika Umno menerajui Selangor.

Khusrin, 54, dipilih oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang perkhidmatannya berakhir pada 31 Disember lalu.

Sebelum dinaikkan pangkat, Khusrin berkhidmat sebagai pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). 

-malaysiakini-




Khusrin masuk pejabat SUK


SHAH ALAM 3 Jan. - Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Mohammed Khusrin Munawi hari ini melaporkan diri di pejabatnya di tingkat 19, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini tanpa sebarang masalah.


Mohammed Khusrin yang memakai sut kelabu berbelang, kemeja putih dan tali leher masuk ke pejabatnya kira-kira pukul 7 pagi selepas kenderaannya dilihat melalui pintu masuk bangunan SAAS pukul 6.45 pagi.

Beliau diiringi dua pengawal keselamatan kerajaan negeri ketika masuk ke pejabatnya. Kira-kira pukul 8.40 pagi kumpulan wartawan dan jurugambar yang naik ke tingkat 19, dibenarkan masuk ke bilik Mohammed Khusrin untuk merakamkan gambar selama lima minit dan diminta keluar selepas itu.

Terdahulu sebelum itu Mohammed Khusrin dilihat bersalaman dengan kakitangan pejabatnya. Sementara itu wartawan yang menunggu ketibaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendapatkan reaksinya diberitahu yang beliau akan terus ke Istana Mestika di Seksyen 7 di sini pukul 11.30 pagi ini untuk mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ketika wartawan mula beredar seorang pegawai perhubungan awan memaklumkan yang satu sidang akhbar akan diadakan Mohammed Khusrin pukul 3 petang. 

 Utusan





SHAH ALAM, 3 Jan — Bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri seawal 6.45 pagi tadi.

Minggu lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Khusrin dijadual akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pada 6 Januari ini.

“Saya sudah masuk kerja, saya datang ke pejabat untuk jalankan tugas pada pukul 6.45 pagi tadi.

“Setakat ini tiada apa-apa masalah mengenai kerja,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Namun ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Khusrin bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen perhubung tugas baru beliau.

“Saya akan keluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada wartawan di pejabatnya.

Hanya jurugambar sahaja yang dibenarkan masuk ke pejabatnya dengan dikawal ketat pengawal keselamatan.

“Kita tidak dibenarkan untuk halang beliau (Khusrin) tapi saya nak tahu kepada siapa beliau laporkan diri untuk bertugas.

“Sepatutnya beliau melaporkan diri kepada Menteri Besar,” kata sumber yang rapat dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Difahamkan Khalid akan menemui Sultan Selangor pada pukul11 pagi ini di Istana Mestika di sini.

Khusrin sebagai ketua Jabatan Agama Islam Negeri sebelum ini juga dilihat menentang pentadbiran kerajaan negeri dalam beberapa siri isu.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.

Ulasan GB 

Nampaknya, Selangor akan dirampas kembali oleh UMNO BN. Itu maksud simbolik yang ditunjukkan ekoran kejayaan Khusrin memasuki pejabatnya pagi ini.

Dia akan melakukan apa saja untuk "menurut perintah" pihak yang menghantarnya - ya apa saja - dengan membuka songkoknya yang dipakai semasa menjadi Pengarah JAIS, apabila memasuki pejabat SUK seawal jam 6.45 pagi ini.

Diperburukkan oleh wujudnya pemimpin talam dua muka di dalam kerajaan PR Selangor yang bakal menyokong Khusrin. Anda sudah kenal siapa mereka yang dimaksudkan!



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List