Wajah di sebalik Wikileaks.......???

on Jan 3, 2011


Wikileaks, tidak perlu di perkenalkan lagi siapa pengasasnya kerana umum sedia maklum pengasasnya (Julian Assange) sering ke udara samada di media cetak mahupun elekronik dek kerana data-data yang di milikinya semakin menggemparkan banyak negara. 




laporan-laporannya bukan saja membuatkan pihak keselamatan Amerika Syarikat berasa panas, malah tidak terkecuali turut mewarnai landskap politik tanah air negara kita apabila Wikileaks turut mendakwa mempunyai data/bukti berkaitan kes-kes kontroversi tokoh politik tanah air seperi dakwaan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Kes Pembunuhan model warga monggolia di Malaysia Altantuya Sahribu dan juga dakwaan Kes rogol seorang menteri kabinet Malaysia!


Bagi yang belum kenal siapa Julian Assange, kali ni jom kita kenali beliau!

Siapa Julian Assange, pemilik laman sesawang Wikileaks yang hangat di perkatakan ketika ini?  
Julian Paul Assange (3Julai 1971) atau lebih di kenali sebagai Julian Assange adalah seorang warganegara Australia. Beliau di lahirkan di Townsville, Queensland. Kisah di zaman kanak-kanaknya tidak seperti kebanyakan kanak-kanak lain kerana beliau di besarkan dalam keadaan ibunya gagal dalam perkahwinan serta mempunyai 2 orang bapa tiri.

Tidak di ceritakan siapkah ayah kandung Assange. Ok,so bagaimana beliau mendapat surname Assange? ketika beliau berumur 1Tahun, ibunya Christine telah berkahwin dengan seorang pengarah teater bernama Brett Assange.


 Jadi namanya telah di bin-kan kepada ayah tirinya yang pertama. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama dan ibunya Christine berkahwin sekali lagi dengan seorang pemuzik ketika Assange berumur 8 tahun (1979). Sekali lagi ibunya gagal mempertahankan perkahwinannya dan mereka berpisah setelah 4 tahun bersama (1982). kehidupannya yang sedikit kelam kabut menyebabkan beliau banyak bertukar-tukar sekolah dan adakalanya hanya belajar di rumah sahaja!




Kerjaya.

Sebelum terkenal melalui Wikileaks, Julian Assange merupakan seorang Jurnalis, publisher, software developer, programmer, hackers! dan juga aktivis kebebasan maklumat .Pada 2006, Julian Assange telah menubuhkan Wikileaks di mana beliau bertindak sebagai jurucakap dan juga ketua editor di Wikileaks. Selain itu beliau telah muncul dan membuat penampilan umum dengan membincangkan mengenai hak kebebasan dalam media maklumat, berkaitan censorship dan juga penyiasatan dalam hal kewartawanan.

Pada 2010, Assange secara tiba-tiba mendapat liputan dan perhatian dunia bilamana beliau telah mendedahkan maklumat-maklumat sulit mengenai pembabitan Amerika Syarikat dalam peperangan di Afghanistan dan Iraq. Malah pada 28November2010 yang lalu, Assange bersama 5 lagi media rakan kongsinya(tidak dinyatakan) sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan mendedahkan rahsia kabel diplomatik Amerika Syarikat. Hal demikian menyebabkan Assange telah di panggil oleh White House berhubung tindakkannya itu yang di sifatkan White House sebagai "cuai dan satu ancaman!".

Namun sebelum pembabitannya dalam kontroversi tersebut, Julian Assange bukanlah seorang yang merbahaya malah jauh sekali sebagaimana yang di sifatkan oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat "Assange adalah CyberPunk, cyber terrorist" dan sebagainya. Ini di buktikan melalui anugerah yang di terimanya pada 2009 oleh Amnesty International Media Award berhubung tindakannya mendedahkan kes hukuman bunuh tanpa perbicaraan/pengadilan oleh pihak kerajaan di Kenya, kes pencemaran toxic di Afrika, skandal Guantanamo Bay dan sebagainya.


Kontroversi Terbaru

Baru-baru ini 7 December 2010, Assange telah di dakwa di mahkamah di England berhubung dakwaan salah laku seksual yang di lakukanya di Sweden. Assange kini di bawah tahanan rumah yang mana bakal di ekstradisi ke Sweden. Namun sebaliknya Assange menafikan semua tuduhan tersebut yang mana di sifatkan oleh beliau sebagai tuduhan bermotifkan politik.   

Hakcer!

Ya, Julian Assange merupakan seorang hackers sejak zaman remajanya lagi. Ketika berumur 16 tahun, Assange telah mula menggodam dengan menggunakan nama samaran Mendax. Kemudiannya Assange bersama dua orang lagi hackers telah menubuhkan kumpulan yang di namakan sebagai International Subversives. Pada 1991, Sebagai tindak balas berhubung aktiviti hacking yang di lakukannya, pihak polis Australia telah menyerbu rumahnya di Melbourne. Assange di dakwa telah menceroboh dan melakukan akses ke atas komputer milik Universiti, Syarikat telekomunikasi Kanada Nortel dan juga USAF 7th Command Group di Pentagon dan pelbagai organisasi lain.

Pada 1992, Assange telah mengaku bersalah atas kesemua 24 tuduhan hacking yang di lakukannya namun mahkamah melepaskannya dengan jaminan berkelakuan baik dan di denda sebanyak AU$2100. Malah juri juga mengingatkan bahawa, jika bukan kerana Assange melalui kehidupan yang sukar di waku zaman kanak-kanaknya(keluarga porak peranda), Assange mungkin akan di hukum penjara sehingga 10tahun! wtf

Dalam satu temu ramah, Assange mengulas mengenai hal tersebut sebagaimana berikut "sebenarnya, ia agak menjengkelkan. kerana saya juga salah seorang penulis buku menjadi seorang hacker.Ianya satu dokumentari berkenaan aktiviti hacking dan orang ramai banyak bercakap mengenainya. Tapi itu 20tahun yang lalu. Ia amat menjengkelkan bila melihat tulisan-tulisan pada hari ini yang menggelarnya sebagai Hacker!. Saya tidak berasa malu(sebagai hacker). Saya agak bangga sebenarnya dan saya faham kenapa mereka menyebut demikian".

Person of The Year Time Magazine's.

Walaupun di buru, baru-baru ini juga Majalah Time telah memilih Julian Assange sebagai salah seorang Person of the Year 2010 melalui readers choice. 


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List