SAMA SAMA DEDAH BARU OK......

on Feb 12, 2011

Sepatutnya si mamat ni menggesa pemimpin-pemimpin umno BN supaya mendedahkan aset mereka di dalam di luar negara kepada rakyat, tetapi adakah si mamat ini berani berbuat demikian? 

Kalau tak berani, saya cadangkan cukuplah si mamat ini meminta hanya kepada ketua umno cawangan sahaja supaya mendedahkan kekayaan mereka...




Anwar digesa dedah kekayaan

[SH] SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mendedahkan segala aset miliknya untuk dinilai oleh rakyat.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, kekayaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sememangnya menjadi persoalan termasuk dalam kalangan ahli PKR sendiri.

"Anwar bukan lagi Timbalan Perdana Menteri tetapi kekerapan beliau ke luar negara telah menjadi isu. Untuk apa, dan atas pembiayaan siapa beliau ke luar negara? Ini yang menjadi persoalan, dua hingga tiga kali beliau keluar (negara) dalam tempoh sebulan," katanya.

Anuar berkata, apa yang menjadi persoalan ialah sama ada gaji dan elaun yang diterima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, adakah mencukupi untuk membiayai perbelanjaannya ke luar negara dengan begitu kerap.

“Kerajaan perlu melihat perkara ini secara serius dan melakukan siasatan. Ini untuk kepentingan negara kerana Anwar adalah Ketua Pembangkang di Parlimen kita," katanya.

Menurutnya, Anwar perlu menjawab perkara itu jika beliau mahu dilihat telus sebagaimana kata-kata yang beliau sendiri laungkan.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List