CAKAP MESTI SERUPA BIKIN LAH BEB......

on Mar 31, 2011

Wan Ahmad berkata SPR amat berkeyakinan dengan usaha yang dilaksanakan oleh suruhanjaya itu dalam memastikan Daftar Pemilih semasa adalah yang terkini, dan tiada seorang pun yang boleh menyamar sebagai pengundi hantu pada pilihan raya negeri 16 April ini.

"Kita tidak perlu bimbang kerana setiap orang yang nak masuk mengundi mesti menunjukkan MyKad. MyKad itu mesti kita tahu yang tulen, jadi nama pengundi hanya satu saja dalam senarai, tiada sesiapa pun yang mempunyai dua nama yang berdaftar di dua tempat," katanya. - Mkini
Kalau setakat jamin mulut tu sapa pun boleh bagi. Masalahnya setakat mana jaminan tu kita boleh percaya. Tambah-tambah pulak la jaminan dari Timbalan Pengerusi SPR ni yang dilihat benar-benar taat kepada mazhab Umno.

Kalau SPR benar-benar nak rakyat benar-benar yakin dengan jaminan SPR, SPR kena buat lebih dari sekadar janji mulut.

SPR kena gunakan kaedah celup jari yang bukan saja digesa penggunaannya oleh parti-parti Pakatan Rakyat tapi dah pun dipersetujui SPR satu ketika dulu. SPR sampai tahap dah pun beli dakwat tu untuk digunakan masa PRU lepas, tapi tiba-tiba buat keputusan batal 4 hari sebelum hari mengundi.

Kalau guna kaedah celup jari guna dakwat kekal tu, takdak sebab dah untuk mana-mana pihak nak timbulkan soal pengundi hantu lagi.

Tapi masalahnya, SPR ni memang 'si anjing Umno'. Pasai tu lah cadangan tu SPR tak laksanakan. Macam-macam alasan dicari walaupun bunyi macam bangang tapi SPR langsung tak peduli. Mana boleh nak laksanakan benda yang akan rugikan tuan sendiri.

Lagi satu, sebenarnya penggunaan kaedah celup jadi ni dalam masa yang sama boleh jadi galakkan kepada rakyat untuk mengundi. Maksud aku, tarikan untuk mengundi akan lebih kuat.

Cuba bayangkan masa duduk sembang-sembang sambil mengope kat kedai mamak ramai-ramai lepas keputusan da keluar tiba-tiba ada yang terperasan jari aku langsung takdak kesan dakwat tu. Tentu punya aku panas telinga kena 'belasah'. "Buat kerja pilihanraya punya la gila babi tapi dia sendiri tak mengundi."

Jadinya, jom kita sungguh-sungguh promosikan demonstrasi BERSIH 2.0

Sumber imej : PerisikRakyat
Buletin online melaporkan:
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS Haji Mohamad Sabu berkata Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) akan menganjurkan Himpunan aman BERSIH kali ke-2 tidak berapa lama lagi.

Menurutnya, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu sekurang-kurangnya 300,000 orang akan menghadiri himpunan itu kelask yang meneruskan desakan, supaya kerajaan melakukan reformasi dalam pilihanraya di Malaysia.

"Kempen berterusan, kita hanya (sedang) menunggu tarikh dari badan NGO BERSIH yang dipimpin oleh Dato' Ambiga, bila mereka beri tarikh Himpunan kita akan gerakkan rakyat, - BuletinOnline
Berkaitan


1 comments:

Unknown said...

salam..mohon link blog ana.http://addin77.blogspot.com.blog anta dh dilinkkan.t.kasih

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List