3 Bantuan Ekspress Di Sarawak........

on Apr 14, 2011


Bestnya jadi orang sarawak. Macam-macam bantuan ekspress dorang dapat sekarang. Sebab tue aku cakap time pilihanraya adalah time rahmat buat pengundi. Time itu je lah wakil rakyat akan turun berkempen dan berkampung kat kawasan kita. 

Oleh itu tak hairan lah kalau ada orang nak doakan kematian wakil rakyat di tempat masing2. Semua bersebab beb. Salah satu sebabnya ialah di atas tadi. Heh.
Tadi aku sempat baca paper utusan. Aku dapati ada banyaklah bantuan ekspress berkunjung ke sarawak secara tiba2 dan pukal pula tue. Pergh. Tak boleh blah melihat cara mereka berkempen. Antara yang menarik perhatian aku ialah ;

1. kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat menyerahkan dua unit geran kepada pusat pemulihan dalam komuniti [PDK] masing2 di sarakei dan pekan. Maksudnya pusat tue dapat hakmilik tanah lah di atas tapak mereka yang sedang beroperasi sekarang. Nilai geran tersebut ialah ;

- rm400,969 - PDK, Sarikei.

- rm102,423 - PDK, pakan.

Salah ka? Mana ada salah. Baguslah tue mereka dapat hakmilik [geran] atas pusat masing2. Walaupun aku ada sedikit pelik. Time pilihanraya je mereka tiba2 baik. Heh.

Geran tue akan menyebabkan mereka tak perlu bayar sewa [aku rasa]. Tapi geran atas nama sapa? Atas pihak pengurusan ke ataupun atas nama kerajaan? Jangan boleh dijualbalik sudah. Dan jangan geran tergantung pula. Maksudnya pra-geran. Bukan geran original. Ataupun geran bertempoh. Kalau sungguh nak bantu, biar betul2. Keseluruhan peruntukan kerajaan yang melibatkan PDK ini berjumlahrm5.6 juta. Harap2 lepas pilihanraya, bn tak tukar wajah pula kalau menang. Heh.

Dan yang kedua ialah ;
2. Kerajaan memperuntukkan rm59.6 juta bagi pembangunan rakyat di sarawak dalam projek rmk-10. Dan2 ada projek neh. Sebelum neh tak pernah aku tahu. Ataupun mungkin aku terlepas pandang. Kata hishammuddin projek ini akan memperuntukkan ;

rm20 juta - pos dan kuarters imigresen yang baru di bario, sarawak.

rm4juta - pembinaan pejabat dan rumah pendaftaran negara, mukah, sarawak. 

- rm 4 juta - sama macam kat atas neh, tapi di spaoh.

- rm3.5 - sama macam kat atas gak, tapi di debak. 

Salah ka? Mana ada salah. Nak tolong rakyat dan pekerja kerajaan yang memerlukan. Tapi memang pelik. Time pilihanraya je nampak cekapnya. Time tak pilihanraya buat apa pula? Takan makan tidur je kot? Heh.

Dan yang last aku nak petik ialah ;

3. Penghapusan tol di jambatan upper lanang. Kata si shaziman menteri kerjaraya tue ;

- kerajaan tiada masalah untuk amek alih jambatan upper lanang yang menghubungkan sibu dan kawasan sekitarnya jika diluluskan oleh kabinet.

- Dia dah berbincang dengan kerajaan negeri sarawak bagi menyelesaikan beberapa isu teknikal dan akan membentangkan usul neh minggu depan [lepas prn sarawak] kat kabinet utk tujuan kelulusan.

- Jambatan upper lanang siap pada tahun 2006. Konsesi tol diberikan hak untuk mengutip tol selama 30 tahun. Jika kerajaan amek alih, maka tol akan dihapuskan bagi meringankan beban penduduk sarawak.

Usul neh mmg bagus. Hapuskan tol. Aku suka. Ada masalah ka? Mana ada. Tapi aku heran sikitlah. Apasal time pilihanraya je mula beria2 buat kerja untuk bantu rakyat? Apasal hah? Korang boleh jawab ke?

Ameno : Time pilihanraya baru kerajaan sedar kot dorang tue kerajaan.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List