
Nampaknya dah tak tenang lagi parti-parti BN apabila semakin dekat pilihanraya umum. Sudah menang di dun Tenang, sudah memerintah di Sarawak. Taib Mahmud relax aje. BN yang sakit kepala. Makin dekat dengan PRU dok ingat kalah aje... dok kekalutan dan ketakutan, bimbang kuasa akan hilang dari tampuk pemerintahan. Pergolakan dalam BN kini mula timbul ke permukaan.
Masing-masing parti yang berteraskan rasis perkauman mereka berusaha untuk menarik kaum mereka dan menjadi hero serta tonggak kabilah mqasing-masing sehingga kekadang bertembung aspirasi perjuangan perkauman mereka.
MCA tolak PAS sertai BN jika kekal dasar Islam
MELAKA, 1 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup pintu menyertai Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.
Dr Chua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.
“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.
“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.
Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Begitu juga selama ini dakwaan apabila Umno berceramah dikalangan orang melayu bahawa Umno adalah parti Islam. Memperjuangkan Islam. Hari ini terlondehlah bahawa Umno pengkhianat kepada islam. Cabaran Presiden sekaranglah masanya Umno nak tegakkan Islam, ketika mereka sedang memegang kuasa. Habis kepada tak laksana? Kerana Umno takut dengan ugutan MCA. Walaupun Pas tak bersedia bersama BN tetapi awal-awal MCA menolak Pas jika membawa dasar Islam. MCA masih bersedia dengan UMNO dalam BN kerana mereka tahu bahawa Umno mengkhianati Islam dan MCA tahu bahawa PASlah yang benar-benar nak melaksanakan Islam. Inilah signal awal. Kalau Umno nak melaksanakan Islam diharap Umno keluar dari BN. Atau dalam ertikata… kalau orang Islam benar-benar nak melaksanakan Islam di Malaysia, harap bersamalah PAS.
Sebab itu MCA ingin menjadi hero untuk menghalang Islam tertegak diMalaysia. Kesepakatan Konvension Pakatan Rakyat yang menerima Islam sebagai agama rasmi, Kesultanan Melayu serta bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan hak-hak bumiputera mengambarkan sikap DAP sebenar. Apatah lagi pemerintahan di Pualau Pinang sendiri mengambarkan sikap permusuhan sebenar terhadap umat Islam adalah MCA. Tentangan sebenar kepada perlaksanaan hukum Islam adalah dari kalangan MCA. Habis apa orang Islam tunggu. Diharap semua orang Islam dapat bersama dengan Pas, sebagai parti Islam dan yang benar-benar memperjuangkan Islam.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment