UMNO kehilangan kawan dan terdesak – Harun Taib

on May 2, 2011


Kuala Terengganu – Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu menganggap pimpinan UMNO sengaja memancing perhatian rakyat untuk menjalin kerjasama dengan parti PAS setelah rakan baik UMNO (MCA dan Gerakan) tidak lagi memberikan sokongan padu kepada UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Datuk Harun Taib berkata kita diminta mengulas kenyataan Dato’ Seri Najib berhubung ucapan beliau meminta PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. 

“Najib (Dato’ Seri  Najib) rasa dia (UMNO) akan kehilangan kawan (sokongan dalam Barisan Nasional). (Disebabkan) MCA dan Gerakan sudah tidak mahu (bekerjasama) dengan UMNO, jadi dia (UMNO) (men)dekati PAS.” Ujar Datuk Harun Taib.
“PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO selagi parti itu tidak mengubah dasar perjuangan mereka kepada Islam. Jika UMNO ubah dasar, barulah PAS akan bersedia berbincang.”  Tambah beliau.
“Kalau belum ubah dasar (UMNO) tidak akan dikira berbincang” tegas Datuk Harun Taib.

PAS tidak rugi berada dalam Pakatan Rakyat seperti yang disebut oleh Dato’ Seri Najib semalam kata beliau dan Datuk Harun juga menafikan hanya DAP sahaja yang mendapat keuntungan besar dalam Pakatan Rakyat.

“PAS masih kekal di Kelantan dan menambahkan bilangan kerusi, PAS memerintah di Kedah, PAS diberikan kerusi Menteri Besar di Perak sebelum ini. PAS juga mendapat bahagian yang sewajarnya di Selangor.  Malah PAS mendapat sokongan yang besar daripada pengundi bukan Melayu. Jadi tidak timbul soal rugi seperti yang disebut oleh Najib (Dato’ Seri Najib)” tegas Datuk Harun.

“Jadi macam mana beliau boleh kata kita (PAS) tak dapat apa-apa? Mungkin Najib terlupa sebut perkara itu dan sebenarnya banyak lagi yang kita dapat” ujar beliau.

Datuk Harun Taib bukan sahaja menafikan kenyataan Dato' Seri Najib malah Datuk Harun menyebut bahawa yang rugi sebenarnya adalah BN kerana BN kehilangan 4 buah negeri (sebelum ini 5) dalam mengakhiri kenyataan beliau. 




0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List