MERACAU MERAPU DIA NI.....

on Jul 6, 2011


KUALA LUMPUR: Perkasa telah mengesahkan bahawa perhimpunan yang mereka jadualkan Sabtu ini akan diteruskan dan ia juga telah mengemukakan permohonan untuk berkumpul di Stadium Merdeka.

Presidennya Ibrahim Ali, memberitahu di dalam sidang akhbar hari ini bahawa dia telah menyatakan dengan jelas bahawa tidak kira sama ada perhimpunan Bersih adalah menyalahi undang-undang atau tidak, Perkasa tetap mengekalkan pendiriannya untuk mengadakan perhimpunan balas.

"Kami sedikit lega apabila Bersih telah membuat keputusan untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium," katanya. "Dan saya difahamkan bahawa mereka juga telah memilih Stadium Merdeka. Tetapi kita telah mengemukakan permohonan dahulu untuk kami menggunakan tempat itu dan saya berharap ia di pertimbangkan."

Permohonan Bersih, bagaimanapun telah ditolak oleh pihak pengurusan stadium awal hari ini.

Jika Perkasa juga ditolak dari menggunakan Stadium Merdeka, maka Ibrahim berkata mereka akan berpindah ke Stadium Titiwangsa.

"Kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana kita tidak mempunyai tempat kita sendiri," katanya. 

"Kita tidak boleh menggunakan mana-mana stadium di Selangor kerana kerajaan negeri pasti tidak akan meluluskan permohonan kami. Dan Stadium Bukit Jalil adalah terlalu besar dan terlalu jauh."

"Jadi kami memilih Stadium Titiwangsa yang terletak di belakang Istana Budaya. Dan kita berharap kita akan dapat menggunakannya secara percuma kerana sebagai sebuah NGO, Perkasa tidak dicurahkan dengan wang tunai."

1 comments:

a.samad jaafar said...

alahai berahim al-kataki.. gelanggang futsal pun sudah terlalu luas utk korang..

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List