TUN ABDULLAH NAFI......

on Jul 6, 2011

Abdullah nafi dakwaan disogok cetak wang




KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan dakwaan bahawa ada pihak cuba menyogok beliau untuk mendapatkan kontrak mencetak mata wang polimer bernilai kira-kira RM100 juta. 

Bekas Perdana Menteri berkata, tiada kebenaran berhubung dakwaan itu yang dikatakan berlaku pada 2004 ketika beliau menyandang jawatan berkenaan dan menteri kewangan.

Abdullah berkata, tanpa sebarang asas, beliau terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan dakwaan yang disiarkan akhbar The Age, Australia itu. “Seingat saya tidak ada pihak yang membuat sebarang tawaran. Jika ada, tentu saya tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk polis untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Semalam akhbar The Age, Australia melaporkan firma pengeluar mata wang, Reserve Bank Australia disyaki cuba menyogok Abdullah bagi mendapat kontrak mencetak mata wang polimer berjumlah kira-kira RM100 juta (AS$31 juta). 

Difahamkan cubaan menyogok Abdullah mempunyai kaitan dengan rundingan kontrak pada 2003, ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan menteri kewangan. 

Akhbar itu dipetik berkata, Abdullah dipercayai terbabit apabila meluluskan kontrak kepada firma berkenaan untuk mencetak mata wang polimer bernilai RM5 pada 2004. 
Jumaat lalu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Mohamad Daud Dol Moin didakwa kerana menerima dua suapan daripada Note Printing Australia, membabitkan kontrak mata wang polimer antara 2003 dan 2007. 

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre. 


sumber

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List