Dokumen risikan dedah kerjasama CIA-Libya

on Sep 4, 2011





WASHINGTON, 4 Sept — Dokumen-dokumen yang ditemui di Tripoli mendedahkan hubungan rapat antara CIA dan perkhidmatan risikan Libya - menunjukkan Amerika Syarikat (AS) telah menghantar suspek-suspek pengganas ke Tripoli untuk disoal siasat meskipun negara itu mempunyai rekod buruk hak asas manusia.
Akhabr New York Times melaporkan, fail-fail yang digunakan antara 2002 dan 2007 — tempoh ketika Moussa Koussa mengetuai Badan Keselamatan Dalaman Libya.
Moussa merupakan menteri luar sehingga baru-baru ini dan telah melarikan diri ke Britain pada 30 Mac ketika kebangkitan rakyat menentang Muammar Gaddafi.
Ia juga mendedahkan bahawa dokumen-dokumen itu termasuk fail dalam bahasa Inggeris berkaitan CIA dan agensi risikan Britain MI-6 ditemui Jumaat lalu di pejabat bekas ketua risikan Libya oleh wartawan dan pertubuhan Human Rights Watch.
Akhbar itu berkata mustahil untuk menentukan kesahihan dokumen-dokumen itu tetapi kandungannya kelihatan konsisten dengan dakwaan yang diketahui umum mengenai langkah AS memindahkan suspek pengganas ke luar negara bagi tujuan soal siasat, yang wujud sejak pentadbiran bekas Presiden George W. Bush.
Malah juga diketahui, khidmat risikan Barat mula bekerjasama dengan Libya selepas Muammar menggugurkan program mengeluarkan senjata bukan konvensional pada 2004.
Bagaimanapun fail-fail itu menunjukkan kerjasama dengan CIA dan MI-6 lebih mendalam daripada dijangkakan, demikian menurut laporan itu.
Satu dokumen menunjukkan ucapan disediakan oleh AS, di mana Muammar mengecam penggunaan senjata bukan konvensional manakala satu lagi fail menunjukkan MI-6 bersedia untuk mengesan nombor-nombor telefon bagi Libya. — Reuters



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List